Hannah lancar Inisiatif Sukan Rahmah untuk rakyat

Hannah lancar Inisiatif Sukan Rahmah untuk rakyat

Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub semasa menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terus berkembang dengan pelancaran Inisiatif Sukan Rahmah, hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi mempromosi dan menyokong aktiviti sukan dalam negara sekali gus menyokong hasrat kerajaan dalam misi membantu golongan yang memerlukan.

Hannah lancar Inisiatif Sukan Rahmah untuk rakyat

Katanya, pasar raya AEON BiG (M) Sdn Bhd menjadi yang awal ke depan dalam menyokong inisiatif ini dan melaksanakan pemberian diskaun antara 10 hingga 30 peratus bagi barangan sukan selama 10 minggu sehingga Hari Sukan Negara pada 14 Oktober.

“Sukan Rahmah adalah untuk meneruskan legasi dan usaha Allahyarham Salahuddin yang berusaha untuk memastikan tiada rakyat Malaysia yang tercicir akibat isu kos sara hidup.

“Kali ini kita nak pastikan hasrat dalam sukan terutamanya kanak-kanak dan golongan B40 yang mahu bersukan tetapi mempunyai kekangan kewangan.

“Dengan usaha dan inisiatif bersama AEON BiG selama 10 minggu ini, yang nak bersukan ada ruang untuk mendapatkan peralatan dan bersama-sama dapat bersukan,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Inisiatif Sukan Rahmah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, KBS mendokong usaha KPDN supaya inisiatif Rahmah ini diteruskan dan selepas AEON BiG, pasti ada pihak lain yang mengikuti.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, pihaknya berbesar hati dapat mengembangkan inisiatif Rahmah kepada satu lagi kategori iaitu sukan Rahmah.

“Bermula hari ini, kita akan mulakan kempen 10 minggu sehingga Hari Sukan Negara dengan lebih 100 peralatan sukan ditawarkan diskaun di semua cawangan pasar raya ini di seluruh negara,” katanya.

BACA JUGA:

Sanusi enggan jawab mengenai gambar bersama warga China, dakwa ini helah Saifuddin

Tular video wanita derita kena cerai 3 kali sebab tak puas dengan nafkah suami

Lelaki ugut bekas isteri dengan rakam video lempang muka anak 30 kali sampai berdarah