Hari terakhir bekerja Abang Foodpanda bawa Si Comel tapi ramai yang terpedaya. Rupa-rupanya..’

Jarang-jarang kita dengar ada orang yang memelihara beruang panda sebagai binatang peliharaan dirumah. Selalunya kita hanya melihat beruang panda dipelihara di Zoo.

Dan binatang peliharaan yang selalunya orang ramai suka letak dirumah seperti kucing, anjing, arnab, ikan, hamster dan lain-lain. Lain pula kisahnya Abang Foodpanda yang seorang ini. Memang menarik kisahnya. Sedih pun ada.

Andaikan panda itu boleh dipelihara di rumah, pasti ramai yang akan mula menjadikan panda sebagai haiwan kesayangan mereka!

Hari terakhir bekerja Abang Foodpanda bawa Si Comel tapi ramai yang terpedaya. Rupa-rupanya..'

Masakan tidak, kecomelan dan kegebuan panda ini memang sangat menggodakan dan membuatkan kita rasa nak picit-picit sahaja pipi panda itu sekiranya diberi peluang.

Begitulah juga dengan abang Foodpanda ini yang telah menghabiskan hari terakhirnya bekerja sebagai penghantar makanan dengan membawa ‘seekor panda’.

Uzair, 22 tahun telah berkongsi di Twitter beberapa gambar dia bersama panda tersebut pada hari terakhirnya sebagai penghantar makanan bagi syarikat Foodpanda.

Namun hakikatnya, panda tersebut bukanlah haiwan sebenar tetapi hasil gambar yang disunting oleh dirinya sendiri. Kemahiran yang sangat menakjubkan sehingga berjaya memperdayakan ribuan warganet!

Perkongsian yang dimuat naik pada 9 Februari lalu sehingga kini telah meraih 17.1K ulang ciapan dengan 46.5K tanda suka.

Dalam ciapan tersebut, Uzair telah memuat naik gambarnya dengan kapsyen, ”Hari terakhir, bawa sekali budak malas ini pergi hantar makanan sebelum gantung beg”.

”Saya adalah seorang jurugambar yang mempunyai minat dalam manipulasi foto. Inilah sebabnya mengapa saya memuat naik gambar bersama panda tersebut.

Saya cuma ingin menghasilkan kenangan yang menarik bersama Foodpanda memandangkan saya berhenti kerja untuk meneruskan pembelajaran,” jelas Uzair lagi.

”Terima kasih semua! Tak sangka boleh menular. Terharu sangat! Ini gambar terakhir daripada saya dan rakan khayalan saya”.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

‘Dikala kita membaca di media sosial banyak nya bisnes tutup, ekonomi tenat dan sebagainya, ada disisi lain yang kelihatan seperti tidak terjejas bahkan lebih dari kebiasaan’
Ini cara orang Melayu dahulu pegi ke Mekah, berlayar 5 bulan lebih awal
Lelaki Melayu asal Kuantan disyaki meninggal dunia di Myanmar, didakwa jadi mangsa pemerdagangan manusia, ‘Dia nak jual awak, awak tahu tak?’