Hasil kerja murid Tahun 3.
Murid ni masuk pemulihan sejak darjah 1. Guru mata pelajaran dan guru pemulihan kesan murid ini kemungkinan besar ada masalah pembelajaran.
1. Dia tak boleh fokus
2. Bila bercakap mata pandang tempat lain
3. Sangat pendiam dan tak pernah libatkan diri dalam apa-apa aktiviti pembelajaran dalam kelas.
4. Hasil kerja yang sangat lemah. Walau sekadar minta salin balik apa yang guru tulis, dia gagal.
Guru pemulihan buat ujian saringan awal untuk kesan samada murid ni benar-benar ada masalah pembelajaran.
Hasil ujian awal, memang ternyata murid ni ada masalah pembelajaran. Maka ibubapa dimaklumkan untuk bawa anak mereka ke hospital dan berjumpa doktor pakar kanak-kanak untuk pengesahan pakar.
Hanya pengesahan dari doktor pakar kanak-kanak sahaja membolehkan murid ini mendapat kad oku (masalah pembelajaran) seterusnya dimasukkan ke kelas pendidikan khas.
Tapi sayangnya, ibubapa tak ambil tindakan. Tak akui dan terus biarkan murid ini berada di aliran perdana.
Kesannya, murid ini langsung tak boleh ikuti pembelajaran dalam kelas. Dia duduk dalam dunia dia sendiri, tak ada peningkatan dalam belajar, bahkan makin tertinggal lagi.
Hak dia dinafikan oleh ibubapa dia sendiri. Tiada apa lagi yang mampu kami sebagai guru nak bantu anak ini.
Parent yang ada anak-anak autisme, disleksia, diskalkulia, disgraphia, hyper, adhd dan seumpamanya memang sebahagian mereka in denial dan tak terima kenyataan.
PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM
BACA :