Heboh netizen persoal hukum makan Ulat Sagu – Daiyan Trisha

Heboh netizen persoal hukum makan Ulat Sagu – Daiyan Trisha

Baru-baru ini Daiyan Trisha telah mempromosikan Filem Sumpahan Jerunei yang bakal dikeluarkan tidak lama sahaja lagi.

Filem tersebut merupakan sebuah filem seram terbitan Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd, Sumpahan Jerunei atau Curse of the Jerunei, telah menarik minat beberapa bakal pembeli antarabangsa di Marche Du Film 2022, salah satu pasaran filem terbesar di dunia.

Heboh netizen persoal hukum makan Ulat Sagu - Daiyan Trisha

Daiyan Trisha yang merupakan seorang daripada palekon di dalam filem tersebut menceritakan perkara-perkara disebalik tabir ketika filem tersebut sedang dirakamkan. Daiyan turut menunjukkan bahawa beliau perlu makan ulat sagu di dalam filem tersebut.

“4 tahun lepas i was introduced to Ulat Sagu masa tengah Shoot filem Sumpahan Jerunei. So siapa makan? Don’t forget to watch Sumpahan Jerunei out Nationwide today…” – Daiyan Trisha

Klip video tersebut meraih tumpuan ramai kerana ramai yang mengatakan bahawa ulat tersebut tidak boleh dimakan berdasarkan hukum yang telah ditetapkan. Ramai turut terkejut dengan tindakan Daiyan yang memegang ulat tersebut untuk makan.

BACA JUGA:

Wanita hairan apabila berpuluh bungkusan sampai di pintu rumahnya “JACKPOT”

Habis edah terus berangkat ke Tanah Suci Makkah

Pegawai Imigresen Indonesia terima rasuah bersubahat seludup organ