Hidup sibuk selepas berbini dua, Abang Tesla tak galak lelaki poligami, ‘Saya bukan ustaz..’

Personaliti media sosial Abang Tesla mendedahkan dia tidak terfikir untuk berkahwin lagi sekiranya isteri keduanya itu gagal memberikan zuriat.

Mengulas mengenai perkara itu, Abang Tesla berkata bukan mudah untuk menjalani kehidupan berpoligami dan menyerahkan rezeki zuriat itu kepada Allah SWT.

“Benda tu saya bergurau je sebenarnya, bukannya serius pun. Setelah melalui fasa berkahwin dua ni, mungkin tidak la kot(kahwin lagi) cukup la.

Hidup sibuk selepas berbini dua, Abang Tesla tak galak lelaki poligami, 'Saya bukan ustaz..'

“Isu poligami ini atas pilihan individu bukannya semua orang wajib untuk berpoligami, kalau anda rasa mampu silakan, tapi macam saya yang sudah lalui jadi tak sarankan.

“Bila berkahwin dua ni kehidupan saya pun jadi makin sibuk sebenarnya, setiap hari jadual mesti padat tapi Alhamdulilah tuhan bagi rezeki dekat saya dengan baik setakat ini,” kata Abang Tesla.

BACA :

Zila Bakarin kongsi kisah penghijrahan, ‘Dulu almari tak pernah ada pakaian bertutup, demi ALLAH’
Ini harga LV original di Jepun, jauh lebih murah berbanding Malaysia, siap jual longgok!
Jabatan perikanan berjaya tangkap pari gergasi seberat 181 kilogram