Individu dedah lagu trending ‘tak boleh lawan nisa ai’ rupanya ada maksud lucah ramai tak tahu

Jika anda pengguna TikTok tegar, mungkin anda pernah melihat komen yang berkaitan dengan ‘Nisa AI’, bukan?

Terkadang, komen seperti itu boleh ditemui dalam ruang komen video yang tidak ada kaitan langsung dengan ‘Nisa AI’.

Semalam, seorang lelaki di TikTok mendakwa lagu trending ‘Nisa AI’ mempunyai kaitan dengan unsur lucah.

Individu dedah lagu trending 'tak boleh lawan nisa ai' rupanya ada maksud lucah ramai tak tahu

Beliau memuat naik video di TikTok untuk menjelaskan makna sebenar lagu tersebut.

Adakah terdapat unsur lucah?

Trend ‘Nisa AI’ telah menjadi viral di TikTok, di mana banyak pengguna mengikuti trend tersebut. Banyak bisnes juga menggunakan trend ini untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka sambil menari mengikut irama lagu ‘Nisa AI’.

Walau bagaimanapun, lelaki tersebut menceritakan bahawa dia mula mencari makna di sebalik lagu tersebut selepas mendengarnya di TikTok. Dia kemudian terbaca satu komen dari seorang netizen yang menyatakan bahawa lagu tersebut mempunyai unsur lucah.

Adakah orang miskin mempunyai hak? (2X). Awak ada kerja untuk saya? Saya tidak mempunyai ijazah. Tetapi far** saya baik.

@penceritaaqsa maksud lirik lagu dalam #trendnisa ♬ original sound – دانيا منيرة – dania

Nasihat untuk tidak menggunakan lagu tersebut

Namun begitu, lelaki tersebut tidak pasti sama ada komen tersebut benar-benar merujuk kepada makna lagu trend ‘Nisa AI’ yang digunakan oleh ramai orang sekarang. Jika benar, dia menasihatkan orang ramai untuk tidak menggunakan lagu tersebut.

Jika benar-benar maksud liriknya begitu, saya nasihatkan kita untuk menghindari lagu ini, kerana lagu yang mengandungi lirik lucah adalah dilarang dalam Islam.

Dia juga berharap agar mesejnya tersebar meskipun menyedari bahawa videonya tidak dapat menandingi populariti trend ‘Nisa AI’.

Melihat ruang komen, kebanyakan netizen baru menyedari makna lagu Bahasa Thailand yang sedang viral tersebut.

BACA: ‘Apartment tapi feeling kondo’, penduduk bengang terpaksa beratur panjang macam nak masuk kilang