Bukan je untuk perempuan, rambut juga merupakan aset penting untuk lelaki. Bayangkan dah bersiap kemas dengan pakaian paling tip-top, tapi sekali rambut makin nipis, hampir botak! Terus rasa kurang yakin diri.
Nak selesaikan masalah rambut gugur mestilah kena tahu puncanya dulu. Inilah 6 punca keguguran rambut di kalangan lelaki.
Keturunan
Secara norma golongan lelaki mula mengalami masalah keguguran rambut apabila mencecah umur 60-an. Namun, proses keguguran rambut boleh berlaku kepada lelaki seawal 20-an disebabkan faktor genetik atau keturunan.
Kebanyakannya disebabkan oleh pola kebotakan lelaki. Punca rambut gugur ini berlaku disebabkan oleh gabungan genetik dan hormon lelaki.
Tekanan
Tekanan seharian, kekurangan tidur juga merupakan antara faktor penyebab masalah rambut gugur.
Pembedahan melibatkan trauma fizikal, kemalangan atau penyakit yang kritikal boleh menyebabkan kehilangan rambut sementara yang dipanggil telogen effluvium.
Jangkitan
Masalah kurap pada kulit kepala boleh menyebabkan tompok bersisik dan sekaligus menyebabkan tompokan botak. Rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan.
Masalah kesihatan
Keguguran rambut sementara boleh menjadi tanda masalah perubatan seperti anemia atau masalah tiroid. Diet rendah protein dan zat besi juga boleh menyebabkan rambut menipis.
Kesan sampingan ubat
Mungkin ramai tak tahu, rambut juga boleh gugur disebabkan daripada kesan sampingan ubatan tertentu untuk masalah seperti: Kanser, sakit sendi, kemurungan, gout, tekanan darah tinggi dan masalah jantung.
Ikat atau cara rawatan yang salah
Untuk jejaka dengan rambut panjang kena take note yang ni. Mengikat atau menocang rambut dengan terlalu kemas boleh mengakibatkan keguguran rambut sementara yang dipanggil alopecia cengkaman.
Selain itu, rawatan minyak panas dan perm turut boleh merosakkan folikel rambut.
BACA :