Ini cara atasi jika tombol pintu sentiasa terkunci dari dalam

Dalam rumah kadang kala ada salah satu pintu bilik yang asyik terkunci dari dalam. Walhal kita tiada niat pun nak kunci.

Sudahnya terpaksa cari kunci untuk buka. Lagi kelam kabut kalau anak kunci pulak hiIang. Mahu tak mahu pintu terpak salah tombol diumpiI.

Antara penyebabnya adalah setting pada tomboI pintu berubah. Agar tak melalui situasi ini boleh praktikkan cara yang dikongsi oleh Rusyaidi Husni Abdul Latib ini.

Ini cara atasi jika tombol pintu sentiasa terkunci dari dalam

TomboI pintu sentiasa terkunci?

Pernah tak anda alami keadaan di mana punat kunci pada tombol pembuka pintu ‘tersekat di dalam dan sentiasa dibuka dengan kunci atau dari sebelah dalam? Walau sesudah dibuka, ia akan terus terkunci bila pintu ditutup.

Mungkin ada yang tidak tahu, kunci pada tombol ada 2 settings:

1. Keadaan yang sentiasa kunci dan

2. Keadaan normal

Setting ini boleh ditukar dengan menekan punat kunci dengan ibu jari dan memutarkannya. Putar ke arah lawan jam (ke kiri) untuk mode normal, dan putar ikut arah jam (ke kanan) untuk mode sentiasa kunci.

Kalau Tombol Pintu Selalu Terkunci Dari Dalam, Begini Cara Untuk Atasinya

Settings ini boleh digunapakai pada kebanyakan tombol pintu yang ada punat kunci.

Kadang-kadang sewaktu mengunci pintu, kita terpusing punat secara tidak sengaja menyebabkan pintu dalam keadaan sentiasa kunci.

BACA :

‘Terdetik juga tak mahu rumah besar-besar sebab susah nak jaga, tapi aturan Tuhan berbeza. Ayah yang tengah sihat tiba-tiba kena strok..’
‘Hari-hari dia pesan kat suami aku nak bersalin kat hospital swasta, merengek minta sponsor’
‘Suami aku kena cekup dengan kerani 50 tahun dalam stor, dia cakap dia jadi bacul sebab saya..’