Ini cara tanam pokok kesum tanpa guna tanah, hanya perlu guna bahan ini. 7 hari dah rimbun

Daun kesum banyak kegunaan untuk masakan sebab itu ia antara tanaman yang kena ada di rumah. Tanam untuk guna buat laksa, asam pedass pun jadilah.

Cara paling mudah nak tanam pokok kesum ini adalah dengan hanya menggunakan span dan raga plastik. Tak perlu guna tanah pun. Caranya dikongsi oleh Yazid Nazry’s.

Set up pantas untuk tanam pokok kesum

Ini cara tanam pokok kesum tanpa guna tanah, hanya perlu guna bahan ini. 7 hari dah rimbun

Beli 2 bekas plastik di Eco (satu bekas berjaring dan satu lagi tanpa lubang) & span construction. Span boleh beli di kedai hardware. Sediakan juga keratan batang kesum.

Ambil keratan batang kesum dan cucuk keratan pada span.

Letak air campuran baja AB dalam satu lagi bekas tanpa lubang. Baja AB ini ada dijual di Shopee dan lengkap semua unsur. Kemudian letak bekas jaring berisi span dan keratan kesum tadi di dalam larutan baja tadi.

Selepas 2 hari buat cantasan pu.cuk yang kering. Nanti daun kesum akan tumbuh merimbun. Bolehlah buat untuk makan sendiri.

Ini pokok kesum yang berusia 7 hari. Tukar air setiap 4 hari sekali, untuk elak jentik-jentik.

Semoga bermanfaat

BACA :

‘3 hari sebelum bersalin, kantoi semuanya. Masa hari cukur jambul, aku halau suami’
Anak masuk ICU, isteri puas nasihat suami jangan hisap vape dekat dengan bayi
Peniaga jual nasi berlauk RM4 dikecam , marah guna perkataan ‘Bajet’ untuk tarik pelanggan