Ini gaji yang diterima menteri-menteri di Malaysia, ‘Sebab tu saya cukup tak suka kalau ada majlis, Menteri ni dilayan VVIP, lepas tu majlis mula lewat sebab nak tunggu mereka’

MENTERI.

Seorang menteri di Malaysia dibayar gaji lebih RM50k sebulan. Belum termasuk faedah faedah lain antaranya dapat AP permit, rumah, percutian dan lain lain.

Nak jadi menteri kena jadi Ahli Parlimen. Ahli Parlimen dibayar gaji RM16 ribu jugak sebulan bersama dengan elaun elaun lain.

Ini gaji yang diterima menteri-menteri di Malaysia, 'Sebab tu saya cukup tak suka kalau ada majlis, Menteri ni dilayan VVIP, lepas tu majlis mula lewat sebab nak tunggu mereka'

Jika tidak Ahli Parlimen, yang menang DUN tempoh hari ada elaun yang cukup besar juga. Antara 6k-15k bergantung di negeri mana jadi wakil rakyat. Jika ahli DUN jadi speaker atau timbalan speaker gaji cecah 31k dan 22k.

Belum lagi kebanyakan mereka ni dilantik jadi pengarah di GLC atau syarikat2 luar.

Paling sedap, mereka juga menerima pencen!

Sebab tu ada dakwaan yang mengatakan jumlah pencen Ahli Parlimen ni dh cecah 2 Billion setahun (belum dijawab kerajaan).

Sebab terlalu banyak faedah ni, harap bolehlah calon calon ni di tapis dan yang benar layak saja dapat memikul tanggungjawab ni.

Saya cukup tak suka kalau ada majlis, Menteri ni dilayan VVIP, lepas tu majlis mula lewat sebab nak tunggu so called menteri ni datang, weh duit gaji korang rakyat bayar kot.

BACA :

‘Tempat paling sedih aku pernah aku jejak. Pasangan bercerai tu tak menangis pun depan hakim, aku yang duduk menunggu ni berjuraian air mata’
‘Kapitalis. Aku dari dulu tak paham kenapa masa nak topup touch n go kena service charge rm0.50, padahal kau dah collect duit orang advance’
‘Apa beza Norway dengan Malaysia? Apa yang banyak sangat merungut ? Kemana hilang erti syukur dan merasa cukup dengan apa yang ada’