Ini kisah keluarga kami dengan Restoran Marrybrown Sky Avenue Genting Higland

INI KISAH PEKERJA RESTORAN MARRYBROWN

Dikala masih belum reda kisah Mcdonald dengan pelanggannya ini kisah keluarga kami dengan Restoran Marrybrown Sky Avenue Genting Higland.

Pada 24.9.2023 anak-anak kecil umur 5 tahun dan 4 tahun ajak naik cable car di Genting Highland.

Ini kisah keluarga kami dengan Restoran Marrybrown Sky Avenue Genting Higland

Kami layankan mereka maklumlah jumpa anak seminggu sekali je.

Sampai di GH anak-anak cuma bermain di taman permainan tingkat atas.

Kemudian anak-anak mula lapar dan kami makan di Marrybrown.

Anak-anak makan dengan berselera sebab bubur nasinya sedap lagipun dah lapar lepas penat bermain.

Biasalah menguruskan anak-anak kecil ni kadang-kadang kita jadi kelam-kabut sikit.Sorang minta suap sorang nak basuh tanganlah lepas tu nak pergi tandaslah, macam-macam hal.

Dalam kelam kabut tu kami tak sedar isteri saya telah tercicir purse duitnya.

Kami hanya sedar bila dah dalam perjalanan balik ke Raub.Tapi masih tak tau di mana cicirnya purse tu.

Saya dah redha dah, mungkin takde rezeki..

Tapi berbeza dengan orang perempuan ni..depa kalau nak siasat drpa siasat betul-,betul. Isteri saya tak puas hati sebab tak tau di mana cicirnya purse tu.

Bila sampai di rumah isteri saya mencuba nasib telefon ke Marrybrown Sky Avenue, no telefon ambil kat google je.
Panggilan dijawab oleh seorang staff perempuan India nama Kogi ( tak pasti ejaan nama ni betul ke tak).

Isteri bertanya ada tak terjumpa purse duit beliau dengan memberikan ciri-ciri rupa purse tersebut dan jumlah wang di dalamnya.

Menakjubkan…Staff Marrybrown perempuan bagitau memang ada staffnya jumpa purse isteri saya di bawah meja tapi tak ada ID pemilik.

Dalam purse memang tak ada ID pengenalan diri, dalam tu semata-mata ada duit untuk beli barang dapur bulanan sahaja.

Isteri saya sangat kagum dengan kejujuran semua staff MarryBrown Sky Avenue ni yang jumpa dan simpankan purse tersebut.

Kogi beritau memang selama ni ada je customer-customer yang tertinggal barang dan polisi mereka memang akan menyimpankan barangan tersebut.

Kogi juga menawarkan untuk mengeposkan purse tersebut.

Tapi memandangkan risau risiko hilang jika diposkan lalu beliau mencadangkan untuk bank in sahaja duit tersebut.

Tak lama kemudian Kogi menghantar gambar bukti slip bank in duit tersebut.Wow sangat effisien.

Isteri saya menawarkan untuk beri saguhati pada beliau atas susah payahnya tapi ditolak.

Kami sangat kagum dengan Kogi dan kakitangan Marry Brown Sky Avenue yang lain.

Mereka telah menunjukan satu sikap yang sangat mulia iaitu kejujuran dan baik hati dengan sanggup bersusah payah beratur untuk mengirim kembali duit yang tak seberapa itu kepada kami.

bukanlah amaun duit itu yang paling bernilai, tapi sikap jujur, dan ikhlas, menghormati pelanggan itulah yang sangat berharga.

Nilai kejujuran dan baik hati mereka itu yang sangat mengagumkan kami.

Pengurusan MarryBrown Malaysia, sesungguhnya anda sangat bertuah memiliki kakitangan yang sangat hebat seperti Kogi dan rakan-rakannya.

Dengan sikap yang ditunjukan itu secara automatik pandangan saya pada MarryBrown keseluruhannya jadi berubah.

Saya anggap semua kakitangan MarryBrown seluruh Malaysia juga sama seperti Kogi dan staff lain di MarryBrown Sky Avenue.

Dikala ada restoran pesaing yang sedang menghadapi masalah dengan pelanggan tapi MarryBrown pula mengkagumkan pelanggan seperti kami.

Jangan share benda yang negatif sahaja.

Sharelah benda baik seperti ini.

Mereka orang-orang baik dan jujur berhak diberi penghargaan.

Kipidap..

May be an image of 3 people and text that says '08:38 Ms Kogi last seen today at 00:12 already left review to marrybrown hq. They have notice that Thank you miss 15:41 15:42 RE: New submission from Contact Us Marrybrown Contact Us MB Sky Avenue Inbox mbcare@marrybrown.... 09:36 ome Dear Rosyatimah, Thank support Marrybrown and vicea Avenue returning byreturning.yo wallet, appreciation team soon possible, forward your continuous support for Marrybrown. Warmest regards, MB Care team 15:42 Thanks 15:42 Pls send my regards to your team. Hope made_vour_dav.. Message'

May be an image of 3 people and text that says '08:37 Ms Kogi last seen today at 00:12 15:39 Tengah tunggu nombor di bank 15:39 Dah setlle saya message slip 15:39 Sory miss.. 15:40 N thank you so much 15:40 You Sory miss.. Its ok 15:40 You N thank you so much Message'

BACA :

‘Aku gaduh teruk dengan abang sebab dia nak jual PS2 adik. Aku sumpah dia mati kena langgar lori. Pagi tu abang pergi tak kembali..’
‘Suami aku kena cekup dengan kerani 50 tahun dalam stor, dia cakap dia jadi bacul sebab saya..’
Ramai anggap orang Iran sebagai sesat dan merbahaya, tapi ini perangai sebenar mereka yang ramai tak tahu’