Ini antara punca kenapa saya tidak lagi menanam niat untuk membeli rumah, rumah ni coner lot harga RM688k. Bertahun terlibat dalam pembinaan, kita tengok proses pembuatan dari A-Z mengurangkan lagi niat nak beli rumah..
Admin niat nak beli tanah, buat rumah biasa-biasa bercucuk tanam kebanyakkan pemaju sekarang kira untung je, tak fikir kualiti kalau kena saman isytihar bankrap pembeli pun tak boleh tuntut pape dah..
Apa pun korang ada hak untuk memilih, tak semestinya pendapat admin sesuai dengan pendapat korang. sebelum tu jom kita buat kira-kira sikit:
Rumah harga RM688k apa yang kita dapat? rumah 70×25+10+20 rumah conner lot..
Kalau kita guna Rm688k tu beli tanah katalah setengah ekar bajet 150k, bina rumah sendiri bajet Rm350k total baru Rm500k apa yang kita dapat?
dapat jimat rm188k, dapat tanah yang luas cuma kekurangan bukan rumah dekat dengan bandarlah.. admin nak tambah sikit, rm188k tu beli caravan nak jalan kebandar tak payah sewa hotel atau home stay..
nak berjalan kerumah adik beradik dan sedara mara pun senang, tak menyusahkan tuan rumah, boleh tidur dalam caravan..
BACA :