Malaysia wajar melaksanakan PRU dan PRN berlansung serentak
Cadangan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan secara serentak adalah sesuatu yang wajar.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, saranan itu dilihat akan memudahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melakukan proses pilihan raya selain turut menjimatkan masa serta kos perbelanjaan.
“Jadi adalah lebih baik diadakan serentak kerana ia lebih menjimatkan wang negara. Dalam konteks kewangan, satu-satu pilihan raya memerlukan kos yang besar. Jika dibuat berasingan, maka SPR terpaksa menanggung beban kewangan yang bertambah selain terpaksa melakukan kerja yang berbeza.
“Dalam konteks Sarawak, mungkin inilah yang diperhatikan sebagai kelebihan. Dalam masa sama, kita melihat bahawa mungkin beliau (James) menjangkakan pilihan raya umum akan berlaku dalam masa terdekat, selain mandat bagi kerajaan Sarawak yang bakal berakhir pada tahun 2021,”
Mujibu berkata, beliau berpendapat tiada perbezaan pada PRN di Sarawak dan PRU di Semenanjung Malaysia dalam aspek proses dan perjalanan pilihan raya.
Katanya, yang berbeza hanyalah masa yang diperuntukkan bagi mengadakan pilihan raya iaitu di Semenanjung Malaysia, pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen, manakala tempoh untuk Sabah dan Sarawak lebih panjang iaitu 90 hari selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Sepertimana yang kita tahu, dulu Sabah dan Sarawak mengadakan PRN secara berasingan sehinggalah Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan di Sabah daripada Parti Bersatu Sabah. Tetapi Sarawak masih lagi mengekalkan PRN yang berasingan.
“Jika dibuat berasingan barang kali faktor negeri itu dilihat lebih kuat kerana parti-parti yang bertanding adalah parti kenegerian yang melibatkan kaum seperti di Sabah dan Sarawak. Maka konteks demografi negeri dan corak kempen itu lebih sesuai berbanding di Semenanjung,” katanya.
BACA JUGA:
Anwar dikhianati ahli bekas UMNO undi musuh
Kerajaan melaburkan RM100juta kepada rakyat – Fuziah
Segala kesalahan PRN akan berakhir di mahkamah – Ketua Polis Negara beri amaran keras