Ini punca sebenar kenapa banyak rumah yang tengah ‘renovation’ boleh kena sita

Itu hari klien forward dekat saya gambar ni, rumah under renovation kena sita. Saya terkejut juga eh projek mana ya ni, rasa kawasan ni belum masuk submission lagi.

Rupanya rumah jiran. Dikhabarkan banyak rumah yang under renovation banyak kena ‘pagar’ dah. Apa lagi takut lah semua orang haha.

Benda ni simple sebenarnya. Ok kes dia rumah tengah renovation kena sita.

Ini punca sebenar kenapa banyak rumah yang tengah 'renovation' boleh kena sita

KENAPA KENA SITA?

Apa sebab? Paling jelas kemungkinan besar tak ada permit untuk ubah suai atau permit untuk buat kerja-kerja ubahsuai dalaman. Owner renovate tanpa ada pelan lulus.

PERMIT UBAH SUAI? MANA NAK DAPAT?

Kalau kerja ubah suai dalaman dan tambahan ruang, extend dapur, tambah tepi, tambah tingkat, permit kerja ubah suai kena melalui arkitek. Arkitek akan apply kan permit untuk owner rumah.

Dia akan design, siapkan pelan, submit ke PBT sehingga dapat kelulus pelan da dapat permit untuk mula kerja ubahsuai.

Ada juga kerja-kerja yang tak melibatkan tambahan ruang, tapi kerja kerja kecil seperti tukar tile, tukar pagar, tukar pintu, tambah awning contohnya, tetap kena apply permit.

Iaitu Permit Kerja Kecil.Ni prosesnya cepat saja.

BERAPA LAMA PROSES NAK DAPAT PERMIT DAN KELULUSAN PELAN?

Kalau permit kerja kecil saya yakin cepat. Saya pernah apply dalam masa 3 hari sahaja sudah selesai.

Kalau permit kerja ubah suai rumah untuk tambahan ruang baru, macam saya cakap. Ini amat bergantung kepada kawasan PBT itu sendiri.

Ada yang tambahan tepi rumah atas bawah makan 8 bulan nak lulus, ada juga yang lulus banglo dari tanah kosong 3 bulan saja, ada juga yang permit boleh keluar dalam masa kurang seminggu.

Arkitek memang tak ada jawapan, cuma boleh bagi anggaran berdasarkan pengalaman berurusan dengan PBT itu sendiri.

Kabel? Eh mana ada kabel-kabel ni.

JADI DAH KENA SITA NI NAK BUAT MACAM MANA?

Kalau saya, saya akan hubungi PBT tersebut untuk bertanyakan kesalahan apa yang telah dilakukan. Kalau kes takda permit, apply permit.

Kalau PBT kata ubahsuai tersebut memerlukan arkitek, appoint arkitek. Dia akan selesaikan urusan submission ke PBT supaya dapat kelulusan dan boleh kembali sambung.

MACAM MANA KALAU PART RENO SAYA DAH BUAT NI MEMANG PBT KATA TAK AKAN LULUS?

Ada kemungkinan kena runtuh kembali, ada kemungkinan kena bayar denda. Bergantung kepada budi bicara PBT. Kadang ada yang tambah ruang melampau sangat.

Sampai kacau jiran, sampai block jalan, sampai menyusahkan orang lain. Sebab itu adanya peraturan.

MANA NAK CARI ARKITEK YA?

Banyak saja. Saya pun arkitek juga. Senang. Fan Manchester United. Kalau anda fan Liverpool pun saya layan,kita professional. Gitu. Boleh juga check database Lembaga Arkitek Malaysia. Ok?

KIRANYA PATUT SAYA MINTA NASIHAT ARKITEK DULU LA KAN?

Itu pun betul juga. Renovasi selalunya makan ratus ribu juga. Sebelum berani letak duit kat kontraktor, invest sedikit masa untuk faham apa yang perlu dilakukan sebelum mula kerja ubah suai.

Dapatkan permit dulu la sepatutnya. Dalam akta jelas cakap sebarang ubah suai atau tambahan perlukan permit dulu. Walaupun ada permit tak perlu lalu arkitek, tapi tak bermakna tak boleh bertanya.

LAMANYA NAK LULUS. LAMA LAGI LAH SAYA NAK MASUK RUMAH NI KAN?

Lama ke sekejap nak lulus ni saya boleh kata arkitek memang susah nak jangka. Serious. Ok, sedikit nasihat saya kepada PBT dan owner rumah.

Owner rumah, nak renovasi guna lah cara yang betul. Buat secara koboi ni merugikan poket anda. Kena denda kena keluar duit, stop work pun kadang kala kontraktor tetap minta duit.

Banyak kes saya dah hadap, selalunya yang koboi akan rugi. Jadi guna lah saluran yang betul dengan dapatkan permit ubahsuai dahulu.

PBT juga, jadilah pemudah cara. Secara logiknya orang nak buat renovasi nak start cepat, guide lah tuan rumah tu bagaimana nak dapat kelulusan dengan masa yang cepat.

Mereka bukan buat jenayah apa pun nak bagi susah. Nak ubah suai rumah saja.

Owner rumah dan PBT kena main peranan. Satu ikut saluran betul, satu pemudah cara. Kalau salah satu decide nak naik kepala, 2 2 pun rugi. Makin banyak renovasi haram dan bahaya.

Lagi cepat kelulusan dikeluarkan, lagi seronok owner rumah ramai-ramai ikut saluran betul. Hasil ke PBT makin banyak. Kan elok bunyi nya.

TERIMA KASIH TUAN ARKITEK.

Ok sama-sama. So nak submit ke tak tu?

MESTILAH! BARU SAYA FAHAM KENAPA KENA SITA. KALAULAH SAYA TAHU, DAH LAMA SAYA CARI ARKITEK. AWAL-AWAL LAGI PATUTNYA.

Yelah kau. Dah kena baru tanya.

BACA :

Beli rumah dapat percuma 3,684 jiran, ‘Tak semua hartanah naik harga, salah beli hidup merana nantinya’
Berdarah kepala akibat tiang shutter A&W, ‘Niat nak belanja anak A&W tak kesampaian’
‘Indonesia haramkan TikTok shop, bantu peniaga kecil yang diganggu gugat oleh peniaga di TikTok’