Kebanyakan yang bercerai pada usia dah tua ni perkahwinan mereka sebenarnya dah lama mati. Cuma mereka ni tak mahu isytihar kematian dan kuburkan baik-baik.
Mereka biarkan perkahwinan mereka mereput dan menganggu penghuni di dalamnya hidup dengan bau yang membusuk.
Pasangan yang berusia dan perkahwinan yang bermasalah ni masa datang tu kebanyakannya sudah tiada perasaan satu sama lain lagi. Langsung tak ada.
Bagaikan tak ada rawatan dapat dibuat sebab perkahwinan itu sendiri dah lama tiada nyawa. Bayangkan kau nak rawat mayat macam mana?. Apa yang dapat dibuat ialah ajar mereka terima hakikat kematian itu dan kuburkan saja.
Bila berdepan dengan kes sebegini kadang saya terfikir betapa susahnya nak selamatkan perkahwinan yang dah nyawa-nyawa ikan ni dan saya pun berfikir jalan yang paling baik untuk elakkan perceraian adalah dengan memeliharanya dari awal perkahwinan.
Pertama:
Selaraskan expektasi antara satu sama lain. Kongsikan harapan anda terhadap pasangan. Anda nak dia jadi macam mana, layan anda macam mana, buat apa dan sebagainya.
Kongsikan setiap hari supaya kita dan pasangan sedar bahawa diri kita dan dia masih memerlukan dan masih diharapkan untuk mengisi keperluan satu sama lain.
Kongsi ekspektasi juga sebab kita mahu faham apa kemahuan pasangan dan apa yang dia tak suka yang perlu kita elakkan. Kalau kita tak kongsi mana kita nak tahu apa dalam fikiran.
Kedua:
Suaikan diri anda sentiasa dengan peranan dan tanggungjawab. Keadaan dan keperluan mungkin berubah ubah, kehendak juga boleh berubah sama juga dengan minat, hobi, apa yang disukai apa yang tak disukai semua kena selalu kita faham dan suaikan diri.
Latarbelakang keluarga kita tak sama, kena belajar suaikan diri dengan cara hidup keluarga asal pasangan kita. Bukanlah kita perlu ikut seratus peratus tetapi ikut keadaan, suaikan diri adalah suatu yang penting bagi menjaga keharmonian.
Jangan rigid dan keras ikut kepala sendiri. Dalam keadaan yang lebih baik, kita suami isteri kena bina sistem kekeluargaan sendiri dan suaikan diri.
Ketiga:
Berusaha selalu untuk capai persefahaman dalam kebanyakan perkara. Ada sesetengah keadaan kita mungkin tak perlu bersetuju sangat tapi boleh cuba beri kelonggaran asal perkara tu tak bertentangan dengan syarak.
Komunikasi berterusan penting untuk elakkan kita atau pasangan memendam perasaan, elak timbul salah faham,merahsiakan tindakan sebab nak jaga perasaan dan elak konflik, berprasangka dan akhirnya berlaku kitaran negatif sebab tak puas hati.
Belajar jadi asertif. Belajar beri pandangan secara membina dan rasional, bukan main merajuk-merajuk, bentak sana sini dan masam muka. Tak bagitau orang tak tahu, walaupun kita tidur sebantal setilam.
Keempat:
Sentiasa usaha mekarkan rasa cinta antara satu sama lain. Jangan biarkan perkahwinan kita ikut rutin harian yang lama lama membosankan sampai kita cari spark dari luar.
Elakkan buat perkara yang pasangan tak suka. Dia tak suka jangan buat, apatah lagi berulang ulang. Jangan abaikan emosi pasangan. Dia kecik hati dengan gurauan anda jangan diulang lagi gurauan tu.
Dia tak suka anda makan petai, jangan dimakan petai tu. Dia tak suka anda merokok, belajar berhenti merokok. Kita sayang pasangan kita seharusnya kita dapat buktikan melalui apa yang kita sanggup buat demi dia.
Tapi fleksible lah, jangan rigid sangat. Teruskan tunjuk komitmen anda pada perkahwinan, bila pasangan berusaha nak ambik hati mak mertua dia, bagi dia galakkan dan bantulah jugak usaha dia, jangan buat tak tahu je.
Dia nak masak sedap-sedap untuk mak mertua dia, bagilah dia tips apa makanan favourite mak anda. Jangan tengok aje. Zahirkan selalu kasih sayang satu sama lain.
Makan sama-sama, tidur sama-sama, kalau beli makanan favourite anda, belilah jugak makanan favourite dia. Bila dia buat baik pada anda, cuba cari cara nak balas kebaikan dia. Barulah kasih sayang tu sentiasa berbunga-bunga.
Kelima:
Sentiasalah ambil berat tentang pasangan dan tunjukkan atau buat dia rasa yang dia penting pada anda. Ambil berat keperluan dia, apa dia suka, apa dia mahu. Selalulah bagitau dia anda sayangkan dia.
Tegur dia baik baik apa yang tak kena yang dia dah buat. Jangan biar saja. Biar dia tahu anda sedang ikuti perkembangan dia, perbuatan dia, fikiran dia.
Tanyakan khabar dia walaupun serumah. Ambil tahu apa dia buat seharian, kalau tak larat tanya banyak, tanya sikit-sikit jadilah. Yang penting jangan buat dia rasa dia tak wujud dalam rumah.
Jaga keselamatan dia. Jangan tinggalkan pasangan lama-lama, termasuklah kalau gaduh ke, selisih faham, jangan tinggalkan rumah, jangan sampai dia rasa anda dah tak mahukan dia lagi, tak perlukan dia lagi. Kita kawin dah janji susah sama-sama, senang apatah lagi.
Keenam
Usahakan untuk bersama sama dengan dia dalam menangani cabaran dan masalah yang menimpa dia. Kalau dia nampak sugul balik dari kerja, anda cubalah ringankan beban dia.
Tak dapat tolong ringankan kerja dia, tak apa, tapi boleh cuba tak tambah masalah dia cukup baik dah. Tak perlu tanya itu ini kalau dia tak perlukan perkongsian.
Tapi cukuplah cuba duduk sama sama dia sambil menonton. Pegang tangan dia ke, urut2 belakang ke, gelak ketawa sama sama ke, mungkin dah cukup lapangkan perasaan.
Kalau tengok pasangan macam tak cukup kaki tangan buat kerja rumah dan urus anak, tanya dia dulu apa yang boleh di bantu, macam mana.
Sebab kadang pasangan kita tu segan nak mintak tolong atau dia tak mahu susahkan anda sebab dia tengok anda pun tengah muka monyok balik kerja.
Tanya dia kalau nak tolong apa yang boleh ditolong dan cara bagaimana supaya tak salah cara.
Kalau pasangan salah cara pun bagitau dia cara yang anda mahukan, janganlah terus terusan marahkan usaha dia, bukannya dia keluar dari perut mak sama dengan anda.. ishh … itu Qarin
Begitulah adanya.
Untuk menjawab pertanyaan di bawah ni, penerangan di atas tu semua kebanyakan adalah tentang usaha sepanjang 5-6 tahun perkahwinan.
Ia usaha berterusan, ada kadang kita rasa kita dah faham pasangan kita, tapi sebenarnya ada banyak perkara lain yang masih perlu diterokai, dipelajari dan disuaikan diri. Ia kerja berdua, bersalingan dan penuh dengan usaha dan usaha.
Kalau nak cakap pasal gaduh, atok nenek kita yang dah 40 tahun kahwin pun kita nampak diorang masih gaduh. Gaduh tu bagus jugak sebenarnya sebab kita ni manusia yang hanya suka bukak mulut bila emosi dah sampai paras hidung.
Selagi bawah paras tu senyum sampai telinga, rasa tak puashati tu menggelak macam air dalam periuk. Bila meletup baru tau apa isi hati.
So, pasangan serasi tu gaduh jugak sebenarnya.. jadi bila kita tengok pasangan tu gaduh, jangan conclude dorang tak serasi, sebaliknya dorang sedang membina keserasian..
Dan soalan terakhir tu.. kalau nak kawin kalau tak ada keserasian memang tak boleh kahwin ke?.
Jawapan saya; terpulang. Keserasian pada saya hanya dapat diusahakan selepas berkahwin.
Sebelum berkahwin gelanggang untuk bina keserasian tu sangat sempit dan terhad, yelah, apa sangat yang dapat dibuktikan oleh pasangan yang bukan suami isteri kan?, Berjumpa pun mode nak impress pasangan, so nothing to prove.
Kahwin lah, be realistik dalam meletak expectation. Jangan takde expectation terus macam brother pelakon hari tu cakap.
Tipulah takde expectation, agaknya dia yang taknak orang taruk expectation kat dia. . (eh keluar tajuk lak). Kemudian cubalah apa yang saya sarankan kat atas tu.
Penat akak belajar buat Phd kaji perkara ni.. saranan kat atas tu sebahagian kecil je dari hasil kajian Phd saya berkisar perceraian awal perkahwinan (5-6 tahun perkahwinan).
Panjangkan jawapan ni kan? Mau mau sampai hujung ni terlelap membacanyaa.
BACA :