Michael Jackson dan Kasut Antigraviti
Michael Jackson pernah mempersembahkan suatu pergerakan ikonik dalam sebuah lagunya yang berjudul ‘Smooth Criminal’ (1988). Beliau dilihat membongkok ke hadapan melebihi had lazim yang diketahui.
• Kebiasaannya, seseorang boleh membengkokkan dirinya 20° ke hadapan (20° forward bend), namun, Michael boleh membengkokkan dirinya 45° ke hadapan (> 45° forward bend) tanpa dibantu penggunaan tali.
• Pergerakan itu lebih dikenali sebagai ‘antigravity tilt’. Lihat perubahan kedudukan fulkrum dari sacrum ke tendon Achilles dalam pergerakan itu (gambar di ruangan komen).
(Sumber gambar: Manjul Tripathi)
• Rahsia MJ
Sebenarnya, beliau memakai sepasang kasut yang direka khas untuk menjayakan pergerakan itu. Tumit kasut itu mempunyai suatu slot berbentuk segi tiga (atau ‘V’) yang dikuncikan dengan pasak keluli yang muncul di pentas; pada waktu dan di kedudukan yang dikehendaki semasa persembahannya.
• Namun, pergerakan itu masih memerlukan latihan yang konsisten dan kekuatan otot untuk dilakukan.
Amaran: Elakkan percubaan melakukan pergerakan ini tanpa bimbingan khusus, misalnya oleh pakar biomekanik.
BACA :