‘Ini satu contoh pekerjaan yang dianggap penting masa lalu sudah tidak wujud, banyak lagi kerja lain akan pupus’

Semalam saya di sebuah hotel lima bintang Kuala Lumpur. Masuk ke lobi, tiada lagi kaunter untuk check in. Tiada lagi kaunter reception dan staf bertugas.

Semuanya dilakukan secara DIY. Tanpa bantuan sesiapa, proses daftar masuk berjalan lancar, lebih mudah dan teratur. Cukup mesra penguna.

Ini satu contoh bagaimana pekerjaan yang dianggap penting pada masa lalu sudah tidak wujud lagi. Bukan sahaja di kaunter hotel, semua jenis kaunter juga akan digantikan dengan ‘mesin’.

'Ini satu contoh pekerjaan yang dianggap penting masa lalu sudah tidak wujud, banyak lagi kerja lain akan pupus'

Di tol lebuh raya, bayaran parking, pesanan makanan di McD malah nak naik kapal terbang pun, semua urusan pesanan, daftar masuk, membuat bayaran akan diuruskan secara DIY.

Puluhan ribu pekerjaan seperti ini akan pupus. Malah banyak lagi pekerjaan rutin yang lain juga akan pupus.

Ambil satu contoh, akan tiba masanya bila amalan sewa kereta secara kontrak 3-5 tahun menjadi amalan masyarakat, pemilikan kereta individu akan pupus.

Orang sudah tak beli kereta dan bayar ansuran setiap bulan lagi pada bank. Orang akan menyewa kereta sahaja. Cukup tempoh, tukar kereta baru.

Orang sudah tidak baiki kereta lagi. Kerja mekanik akan pupus. Perniagaan alat ganti kenderaan juga akan pupus.

Banyak lagi kerja lain akan pupus apabila teknologi AI, automasi dan robotik menjadi semakin maju.

Soalnya, apa persiapan pendidikan negara dalam menghadapi fenomena ini? Masihkah bertegas nak amalkan kurikulum abad 20? Masih berdegilkah nak amalkan sistem peperiksaan berasaskan hafalan?

Masihkah nak pertahankan sistem pengajaran cara lama? Nak kekalkan buku teks? Nak teruskan silibus yang membosankan dan menakutkan murid? Apakah persiapan kita?

Sebab itu saya berulang kali sebut, biarlah kita terima hakikat sistem pendidikan negara dalam krisis. Terima dahulu hakikat yang sistem pendidikan sedang caca marba.

Biar kita akui dulu hakikat ini. Jika lambat sedar, maka lebih lambatlah untuk kita menyiapkan perubahan pendidikan. Pasti akan lebih ramai generasi muda negara kita yang kerugian.

Bawang Goreng Premium Danok

BACA :

[VIDEO] ‘Jadi ayahanda pun miskin ke?’, lelaki tunjuk taiko minta wang perlindungan di Saujana Putra
Lepas ni korang beli ayam kena hati-hati, wanita kongsi beli ayam tapi sampai rumah barang lain
Tajuk berita disunting bagi tujuan fitnah Fahmi Fadzil berkaitan isu The 1975 angkara PAS