MENGAPA JANGAN TUTUP HUTANG DENGAN HUTANG?
Saya berdoa sangat semoga perkongsian ini akan membantu lebih ramai penjawat awam dari tersalah langkah dengan personal loan.
Bismillah. Saya harap identiti saya ni di sembunyikan serapat yang mungkin dengan niat Lillahitaala, saya betul2 simpati dengan penjawat awam yang menjadi mangsa personal loan bankers.
Saya dulu antara top sales person di bank saya. Saya jual personal loan, rumah, kad kredit.
Target saya Penjawat awam. Sebab penjawat awam ni kami offer rate rendah. Paling rendah di pasaran.
Utk Boostkan sales, biasanya kami, budak sales ni akan advice pelanggan utk settle segala apa yang ada dalam ccris dengan pujukan “penyatuan hutang”
Tapi sebenarnya, “penyatuan hutang” ini lah yg menjahanamkan ramai penjawat awam.
As simple example,
Seorang penjawat awam ada sebuah kereta, dah nak habis lagi 2 tahun, katakan baki RM 20K. Bulanan kereta tu RM 500.
Dalam masa yang sama Penjawat awam ni perlukan cash RM 10K. Asalnya datang ke bank nak pinjam RM10K jer, 10 tahun, bulanan RM 100.
Bila datang pada sales person, kami akan pujuk penjawat awam ni uuntuk settle kereta sekali yang baki tinggal 20k, tempoh bayaran lagi 2 tahun saja.
Bila penjawat awam ni setuju, maka total loan yang di pinjam akan jadi
20k+10k = 30k
Ansuran RM 300
Tempo 10 tahun.
Adakah tuan rasa perkara ini berbaloi?
Terus terang saya cakap, saya sendiri tak akan buat perkara sebegini. Kerana kereta tu susut nilai, dan baki RM20k tu saya gabung kan dengan personal loan dan tarik semula jadi 10 tahun.
Tapi apakan daya, kelemahan nya penjawat awam ni, mudah percaya dan tiada ilmu kewangan. Maka, mereka pun setuju.
Banker pun happy sebab komisyen lebih banyak.
Komisyen sales banker adalah bergantung pada jumlah loan. Lagi besar loan, lagi besar komisyen.
Berbalik pada penjawat awam yang sama.
Katakan lepas sebulan dia datang semula ke bank, Untuk overlap balik. Sebab cash RM10k tadi tak cukup. Perlukan lagi RM20k.
Banker mati2 akan nasihatkan untuk overlap. Sebab bila overlap total loan tadi akan jadi lebih besar.
Apalagi loan baru jer jalan. Encik rasa kalau loan baru jalan, ansuran as simple tambah RM 200 saja ke utk dapat 20k?
Tidak. Konsep overlap, adalah tindihan.
Kalau baki belum berkurang banyak, baru jalan sebulan,
Tindihan akan jadi lebih besar.
Kalau ikut table rate, RM20k ansuran RM 200. Tapi sebab penjawat awam ni tiada ilmu, banker makan sekali lagi.
Advice OVERLAP, dengan tambahan ansuran RM 270.
Padahal,boleh jer penjawat awam tadi tak overlap, buat akaun ke 2, dengan kadar ansuran lebih rendah RM 200.
Berbalik pada konsep lebih besar loan, lebih banyak komisyen, Banker akan meyakinkan pelanggan utk OVERLAP berbanding buat akaun 2.
Maka total loan akan jadi
RM 300 + RM 270 = RM 570
Tempoh 10 tahun
Untuk cash out RM 30K
Sekali lagi adakah berbaloi?
Contoh yang saya beri ini ansuran yang sedikit dalam ratus.
Hakikatnya penjawat awam ramai terikat dengan jumlah hutang RM 100k Ke atas dengan starting SETTLE, atau PENYATUAN HUTANG.
Ok, satu lagi, KAD KREDIT.
Please penjawat awam saya cakap terus terang, tolong jangan commit kad kredit dengan nilai limit yg melampau sampai RM20k dengan kadar gaji bawah RM5k
Apa yang berlaku is, mereka akan gunakan kad kredit untuk perbelanjaan harian sampai habis limit.
Dan kemudian kambus, tutup dengan personal loan
Personal loan penjawat awam banyak yang tersangkut dengan perkara2 begini membuatkan jumlah personal loan dari tahun ke tahun semakin banyak dan tak terkawal.
Lillahi, ini lah yang saya nampak sepanjang saya berurusan dengan penjawat awam. Kadang saya sendiri nak saja menjerit pada penjawat awam ni supaya tolong jangan mudah terpedaya dengan banker.
Apa pun yang keluar dari mulut banker adalah DUIT untuk diri dia sendiri. Bukan untuk jaga kewangan penjawat awam itu sendiri.
Serious talk,
Banker don’t care how much you gonna pay or how u gonna pay,
They just care about their commission. No else.
Saya terpaksa beritahu perkara ni kepada encik Azizul, sebab dengan jumlah followers yg ramai, encik Azizul saja boleh sampaikan kesedaran perkara ini kepada para penjawat awam.
Please, hide my profile. I have 2 kids to feed.
Saya dah stop jadi banker yang Allah hina dan tak pandang di akhirat nanti. Saya tidak lagi pujuk dan beri kata janji manis pada pelanggan.
Saya bantu pelanggan yang betul2 perlukan kewangan dengan cara yang betul di seling kan dengan nasihat menjaga kewangan, terutamanya penjawat awam muda.
Tambahlah Ilmu. Saya sarankan baca buku Misi Bebas Hutang oleh Zulkifli Shafie ini. Biar tak nampak bergaya tapi dalam poket kita kaya.
BACA :