Inilah sebab kenapa aku selalu bercakap kita jangan mudah percaya pada kawan yang kita anggap dia terlalu baik sangat terhadap kita, ibarat kita dah anggap dia macam keluarga sendiri.
Akhirnya sengsara dan disakiti.
Tak dapat buat cara kasar dia buat cara halus. Hanya kerana sakit hati melihat kehidupan orang yang jauh lebih baik dari dia, tidak tenang melihat kesenangan orang lain dari dia.
Perasaan hasad dan iri hati terlalu menebal sehingga mengambil jalan singkat untuk lakukan perbuatan syirik.
Banyak dalam dunia ini hanya pandai bermuka-muka, depan kita bukan main baik, tapi dalam hati kita tak tahu keikhlasan berkawan tu benar atau tidak.
Disihir melalui gambar sahaja, zaman sekarang ni terlalu canggih, mana-mana pun boleh dapat gambar kita kalau orang tu sakit hati dan nak melihat kita sakit sengsara.
Beringat la kita sama-sama, perbuatan sebegini tidak menilai tinggi manakah agamamu kalau dalam hati penuh kehitaman hasad dengki.
Orang boleh buat apa sahaja demi kepuasan hati semata-mata. Kawan makan kawan itu real gais! Hati-hati kita dalam memilih siapa kawan sebenar.
Ini jarum yang keluar dari tubuh badan seorang manusia yang aku kenali rapat, aku melihat kesakitan dan penderitaannya akibat disihir oleh kawannya sendiri akibat sakit hati melihat kesenangannya.
FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan Nya, dan akan mengampunkan dosa yang lain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah, maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 48)
BACA :