‘Islam saya bukan di mulut dan kopiah tetapi dihati. Jiwa saya Islam. Jangan jadikan susah tu sebagai alasan’

Saya tidak dilahirkan beragama Islam. Saya membesar dikeluarga yang beragama Buddha dan bersekolah di sekolah katolik. Saya hanya jadi seorang beragama islam selepas berumah tangga.

Tetapi hari ini saya dan 1 rakan saya adalah salah satu yang gigih merancang usahawan-usahawan iks di sabah untuk mendapat persijilan Mesti dan Halal. Dan rakan saya tu bukan orang Islam..

Setahu saya setakat saya menulis post ni hanya 86 syarikat di Sabah yang memiliki persijilan Halal. (Produk atau pembuatan).

'Islam saya bukan di mulut dan kopiah tetapi dihati. Jiwa saya Islam. Jangan jadikan susah tu sebagai alasan'

Saya selalu dengar usahawan bilang susah mahu dapat persijilan Halal..kalau sayalah susah lagi baca tulisan arab tu.

Saya berpendapat kebanyakan usahawan islam “take for granted” yang mereka tu beragama islam. Jadi produk yang dihasilkan adalah Halal..tetapi hakikatnya kalau ada ilmu dalam persijilan ni..

Banyak aspek di tengok..macam air filter..adaka air yang di filter menggunakan filter yang bertaraf Halal..sebab ada filter yang setahu saya menggunakan tulang² binatang sebagai tapisan air…

Persijilan Halal adalah di bahagikan kepada 2..Halaan dan thoyiban..macam bahan kering adaka bahan kring yang digunakan tu thoyyiban..

Bab ni saya tidak perlu saya huraikan..ada juga kursus yang di anjurkan oleh agensi..boleh lah ikut..

Hanya kilang besar saja boleh dapatkan persijilan..itu juga mitos..sila rujuk mhms 2020 dan spphm 2020….haha..

Islam saya bukan di mulut dan kopia tetapi dihati..jiwa saya islam..

Bagi sayalah..makanan halal dan bersih ( halalan thoyyiban) bukan hak mutlak oramg islam tetapi sebagai orang islam adalah wajib untuk pastikan makanan halal kepada sesama orang islam. Bagi saya lah ah…jadi ilmu dalam persijilan ni penting…

Aspirasi saya dan rakan saya adalah untuk mendapatkan persijilan untuk usahawan² sebanyak 100-200 menjelang 2025. Tu saja..

Jangan jadikan susah tu sebagai alasan..yang bukan islam tu mungkin boleh diterima tetapi bagi saya bukan untuk kita yang beragama islam sebab kita lagi arif dalam bab ni..

Sekadar berkongsi saja ya.

PAKEJ INTERNET RUMAH MURAH & LAJU TM

BACA :

Pemuda sanggup tolak tawaran belajar demi jaga ayah sakit, ‘Abah hanya ada satu..’
Suami isteri pusing semenanjung naik Motorhome, tidur di R&R nampak gajah lalu tengah malam
‘Masa tengah periksa kenderaan, tiba-tiba member bagitau, tengok sana tu, dia tukar pemandu, mesti tak ada lesen’”