Jabatan perikanan berjaya tangkap pari gergasi seberat 181 kilogram

Seekor pari gergasi seberat lebih 181 kilogram ditemui di perairan Long Island Sound, Amerika Syarikat, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Haiwan marin yang memiliki panjang 1.82 meter (6 kaki) dan lebar 1.52 meter (5 kaki) itu dinaikkan oleh kru Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar negeri Connecticut.

Organisasi itu menyiarkan gambar ikan pari yang ditangkap di laman Facebooknya dan berkata, ‘gergasi lembut’ itu biasanya ditemui di pesisir pantai menghadap Lautan Atlantik dari New.

Jabatan perikanan berjaya tangkap pari gergasi seberat 181 kilogram

England ke Florida, namun amat jarang dilihat di Long Island Sound.

Imej yang dipaparkan menunjukkan ikan pari itu berada dalam keadaan terbalik.

Spesies ikan pari mempunyai kaitan dengan jerung.Ikan pari mempunyai ekor tajam yang boleh mencederakan manusia.

BACA :

‘Berapa lama kita di Mahsyar? Mahsyar di mana?’, ini penjelasannya..
Duit dah habis, Amerika Syarikat bakal berdepan penutupan kerajaan
‘Hujung tahun 2020, neraka hidup aku bermula. Aku dengar suara lelaki setiap kali guna telefon. Rupa-rupanya…’