‘Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA. Bila adik-beradik kita kawin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik’

Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA.

Bila adik bradik kita kawin dengan sesorang. Layanlah ipar tu baik-baik. Kalau boleh jangan di beza²kan ipar ini dengan ipar itu.

Ipar ini mungkin rajin di dapur. Tapi ipar itu pulak tak kedekut hulur duit atau belanja. Sama-sama ada baiknya.


'Jangan jadi IPAR MADE IN NERAKA. Bila adik-beradik kita kawin dengan seseorang. Layanlah ipar tu baik-baik'

Buruk ipar ini jangan di jaja pada ipar lain. Kalau ipar ini bermasam muka dengan ipar itu, kita mesti jadi penyejuk dan pendamai. Bukan pengadu domba yang akan memburukkan lagi situasi rumahtangga adik beradik kita.

Jangan menuntut ipar tu sempurna di mata kita. Sebab dia kawin dengan saudara kita, bukan dengan kita. Dia mungkin sempurna pada mata saudara kita. Bukan di mata kita.

Jangan memaksa agar ipar tu ikut gerak geri keluarga kita. Kerana dia dibesarkan oleh mak ayah nya dengan cara berbeza. Dia tidak dibesarkan di dalam keluarga kita.

Sebolehnya.. Jadilah ipar yang memberi ketenteraman dan kebaikkan agar rumahtangga adik beradik kita berkekalan.

Bukannya jadi ipar MADE IN NERAKA yang suka melihat rumahtangga keluarga hancur dan bercerai berai.

Yang dapat ipar baik tu.. Ucaplah Alhamdulillah.

BACA :

‘Orang perempuan ni kadang-kadang sampai part lembab dia tu boleh tahan. Lagi-lagi bila melibatkan hantu setan ni’
‘8 bulan lepas doktor tu kahwin, dia ajak aku jadi bini no 2. Tapi itulah, nak curang tapi pengecut..’
Sanggup berdiri tengah panas untuk tahan kereta, pakcik jual kereta untuk untuk duit makan