Jepun dah tak selamat! 3 cedera ditikam dalam kereta api
Seorang suspek lelaki ditahan polis selepas mencederakan tiga individu dalam serangan pisau di dalam kereta api di barat Jepun, hari ini.
Suspek berusia 37 tahun itu bersenjatakan tiga pisau ketika dia ditahan di stesen Bandar Rinku di wilayah Osaka, polis tempatan memberitahu AFP.
Menurut polis, dia ditahan kerana cubaan membunuh dan mengaku melakukan serangan itu.
Sementara itu, Tetsuya Sakagami dari jabatan bomba, berkata mangsa pertama ialah seorang konduktor kereta api berusia 20-an dan dua penumpang lelaki berusia 20-an dan 70-an dibawa ke hospital tanpa kecederaan serius.
Jenayah ganas jarang berlaku di Jepun yang mempunyai kadar jenayah yang rendah dan beberapa undang-undang senjata api paling keras di dunia.
Tetapi ada kalanya insiden tikam dan tembakan berlaku antaranya pembunuhan bekas perdana menteri, Shinzo Abe tahun lalu.
Pada 2021, seorang lelaki berusia 24 tahun didakwa menikam seorang penumpang dan memulakan kebakaran di kereta api di Tokyo ketika Halloween dengan memakai pakaian yang menyerupai penjahat buku komik Joker.
Keputusan dalam kes itu akan ditentukan pada 31 Julai ini.
BACA JUGA:
Pengebumian jenazah Allahyarham Salahuddin jam 12 tengah hari ini
Kos ubat Sufi Syafrina sebanyak RM40,400