Okey korang, ni berkenaan dengan update kes barang aku kena curi dengan SPX tu.
Aku dah pergi Hub Shopee dekat dengan rumah aku ni. Dan yang bagusnya personal incharge (ketua bagi hub ni) bagi kerjasama dan penjelasan kes barang aku hilang/tukar dengan barang lain ni.
Dan apa yang aku boleh cakap, memang job curi barang seller memang ada terjadi. Sangat-sangat sebati dengan diorang yang buat job ni. Aku nak ulang, mereka yang dah selalu sangat buat job ni, bukan semua.
Ok, disebabkan personal incharge ada bagitau flow barang aku ni dari mana kemana, aku pun sempat jugak curi-curi tengok gambar parcel tu. Ohhh aku nak bagitau, aku tak boleh tengok apa yang ada dalam system warehouse diorang.
Itu PNC syarikat walaupun aku ada hak untuk tengok. Procedure syarikat ni aku kena hormat walaupun aku bengang time ni.
Okey, bab barang kena curi tu, aku akan ceritakan nanti macam mana barang tu diorang rembat atau buat job.
Cuma sekarang ni aku nak cerita, kerugian yang aku alami ni, aku tak dapat refund (tak dapat duit/ganti rugi) dari hub spx tu sebab keadaan dan situasi yang aku dah tengok dan penjelasan dari ketua warehouse.
Apa dia penjelasan yang dia bagitau aku tu?
1. Dia tak boleh tuduh job rembat barang ni dari hub sini (dekat rumah aku ni) yang anak buah dia yang curi.
2. Ada bukti gambar barang yang customer reject (tak nak terima COD) tu dalam sistem tracking back-end shopee express. Maksudnya keadaan/rupa parcel aku tu yang sememangnya job curi tu dah dibuat dekat hub negeri lain/tempat customer tu tinggal. Itu yang ketua warehouse cerita dekat aku.
3. Dan access CCTV hanya boleh di-access pihak security/fraud shopee express HQ walaupun CCTV tu ada je dekat hub sini. So ketua warehouse tak boleh nak access cctv on the spot untuk check barang return tu bila turun dari lori.
Jadi dekat sini, kes barang niaga aku kena curi ni semakin seronok. Sebab kes ni dah jadi kes polis. Kedua aku nak panjangkan kes ni kepada pihak SKMM(MCMC) dan pihak Tribunal Pengguna.
Ketua warehouse akan bagi kerjasama yang penuh untuk bantu aku kalau pihak SPX HQ akan halo-halo semua hub yang terlibat untuk kes ni. Sebab 1 parcel ni bukan 1 tempat je yang pegang, tapi banyak tangan yang pegang. So dia bukan ending dekat hub area rumah aku ni.
Dan 1 lagi, Shopee dah take note posting aku malam semalam dan mintak no order id. Tapi benda ni aku dah tau, semua jawapan pakai template.
Benda ni sejujurnya menyusahkan aku sebab bila dah bagi bukti penuh pun, masih mintak bukti lagi. Sampailah seller tu fed up dan lupakan masalah ni.
Tapi aku tak, aku akan tuntut sampai ketitisan sen yang terakhir.
Nanti aku ceritakan kenapa job curi barang ni dah macam biasa sangat diorang buat. Stay tune.
New update: Pihak Dispute dan Quality SPX dah pm aku minta no tracking dan order yang terlibat. Aku dah update dekat posting terbaru aku.
BACA :