Baru-baru ini perkahwinan antara pelakon dan pengarah tersohor, Sabri Yunus dan Angeline Tan telah mencuri tumpuan ramai. Apatah lagi kedua-dua selebriti itu sebelum ini mempunyai latar belakang agama yang berbeza.
Mendapat banyak soalan berkaitan perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu dalam satu jemputan temu bual hari ini mendedahkan bagaimana mereka terbuka hati untuk mengikat hubungan dengan tali pernikahan.
Angeline memberitahu bahawa dia dan Sabri saling mengenali dan memahami antara satu sama lain sejak sekian lama.
“Sebenarnya bagi Angeline ni kan, tak tahulah dengan semula jadi ni actually tak rasa susah. Dari satu watak sampai satu watak yang berbeza.
“Sebab kita kawan lama, kita sangat memahami antara satu sama lain,” katanya dalam temu bual bersama radio Gegar pagi tadi.
Tambah pelakon wanita itu, sewaktu di set penggambaran, dia sangat menghormati suaminya kerana berperwatakan tegas.
“Bila kerja bawah abang Sabri, kita rasa kita respect sebab dia orang yang sangat serius on set kan. Dia tuntut apa yang dia nak dan kita kena sampaikan. Itu untuk waktu bekerja.
“Tapi macam sekarang dah jadi suami isteri, Angeline rasa Abang tetap sangat sweet la,” ujarnya lagi.
Mengulas lebih lanjut, dia menyifatkan suaminya seorang yang ringan tulang kerana sering membantu di rumah.
“Ok macam sudah makankan, abang habis dulu, and then Angeline cakap takpe bang, abang nak pergi cuci tangan. Abang piring tu letak dekat sana.. Takpe-takpe abang buat,” ucapnya lagi.
Jelasnya lagi, sebelum datang ke rancangan tersebut pagi ini, Sabri Yunus juga membantunya membawa masuk baju ke dalam kereta.
@gegar.my Awhhh sebak dengar perjalanan kisah mereka ni š„ŗš„ŗ #Pilihan1PantaiTimur ⬠original sound – GEGAR
Terdahulu, Sabri Yunus dan Angeline Tan dilaporkan selamat bernikah tiga hari lalu.
Kedua-dua mereka telah dinikahkan oleh Mufti negeri Perlis, Dato Dr Maza.
Selain itu, pernikahan itu turut dikongsikan oleh Issey yang merupakan pelakon, pelawak dan penyampai radio.
“Selamat Pengantin Baru abang Sabri Yunus dan Kak Ardini/Angeline Tan. Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pimai pimai tang tu,” tulis Issey di kapsyen.
Sabri dan Angeline kelihatan sangat berseri dengan sepersalinan lengkap berwarna putih.
Angeline yang bertudung rapi ketika majlis akad nikah itu telah menyerlahkan lagi sisi keayuannya.
Selamat pengantin baru kepada kedua duanya, dan semoga berbahagia!
BACA :