Jurulatih ditahan selepas pegang buah dada seorang pemainnya dua hari sebelum permainan
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dilaporkan sedang menyiasat kes terbaru salah laku seksual membabitkan pengendali skuad bola sepak wanita Zambia, Bruce Mwape.
Mwape, yang membimbing skuad itu sejak tahun 2018, mula disiasat sejak timbul dakwaan salah laku seksual bulan lalu, namun dia menafikan segala tuduhan.
Pasukan Afrika itu tersingkir daripada Piala Dunia Wanita di peringkat kumpulan, selepas dua kekalahan di tangan Jepun dan Sepanyol, namun mereka mengakhiri kempen dengan kemenangan 3-1 ke atas Costa Rica – kemenangan pertama mereka di kejohanan itu.
Mwape dilaporkan meletakkan tangannya ke atas dada salah seorang pemainnya dua hari sebelum perlawanan terakhir itu.
FIFA mengesahkan yang mereka menerima laporan rasmi selepas beberapa orang pemain menyaksikan kejadian berkenaan, dan salah seorang berkata: “Tidak wajar seorang jurulatih menyentuh buah dada pemain.”
Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan, insiden berkenaan dilaporkan kepada wakil FIFA yang bersama pasukan itu di sepanjang kejohanan.
Presiden Persatuan Bolasepak Zambia (FAZ), Andrew Kamanga turut dimaklumkan tentang kejadian itu.
Mwape, 63, sebelum ini didakwa meminta pemain mengadakan hubungan seks dengannya jika mahu kekal di dalam pasukan.
“Jika dia (Mwape) mahu tidur dengan sesiapa, anda perlu setuju. Ia sudah menjadi kebiasaan jurulatih ‘bersama’ dengan pemain-pemain dalam pasukan,” kata salah seorang pemain skuad itu.
BACA JUGA:
Cyberjaya bakal dibangunkan dengan ibu pejabat Tesla