Kaki & tangan dipotong gara-gara makan tilapia tercemar, ini puncanya..

Kaki dan tangan seorang wanita di California terpaksa dipotong akibat jangkitan bakteria selepas dia memakan beberapa ekor ikan tilapia yang tercemar, kata rakan-rakannya seperti dilaporkan akhbar New York Post kelmarin.

Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya pada Khamis lalu selepas berada di hospital selama beberapa berbulan.

“Ini mungkin berlaku kepada mana-mana daripada kami,” kata rakannya, Anna Messina kepada badan penyiaran tempatan, KRON.

Kaki & tangan dipotong gara-gara makan tilapia tercemar, ini puncanya..
Barajas mendapat rawatan selepas memakan ikan tilapia yang dijangkiti dengan bakteria pada Julai lalu.

Laura yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 6 tahun, jatuh sakit beberapa hari selepas memakan ikan yang dibeli di sebuah pasar tempatan di San Jose.

“Jarinya hitam, kakinya hitam, bibir bawahnya hitam. Dia mengalami sepsis lengkap dan buah pinggangnya tidak berfungsi,” tambah Anna sebelum pesakit menjalani pembedahan.

Laura dijangkiti bakteria Vibrio Vulnificus yang berpotensi membawa maut dan kerap ditemui dalam makanan laut mentah serta air laut.

BACA :

‘Padah tak pandai masak, suami balik rumah mertua seorang diri. Pulang dari rumah mertua, aku naik hantu..’
‘Mamat ni tengok senarai harga burger sambil berkata, mahalnya harga sekarang. Jawapan penjual burger buat aku terkedu..’
‘Ayah larang aku masuk universiti sebab miskin. Tapi dia beli telefon baru, mak beli emas besar gajah’