Kalau dedah wajah berapa pula like yang Hyun Bin dan Son Ye Jin dapat.
TINDAKAN pelakon Son Ye Jin berkongsi foto tangan bayi lelakinya di Instagram miliknya mendapat 1.5 juta tanda suka dengan 20,000 komen peminat.
Biarpun masih belum mendedahkan wajahnya namun sudah cukup buat peminat teruja dengan perkongsian pelakon drama Crash Landing On You itu.
“Lihat tangannya saja sudah comel… rasa nak gigit.
Pasangan selebriti ini terlibat dalam cinta lokasi.
“Walaupun hanya foto tangan yang dikongsi, sudah memberi gambaran bayi ini sangat comel.
“Terima kasih kerana berkongsi dengan kami… anda buat hati kami begitu teruja,” tulis peminat.
Pada 27 November tahun lalu, Son Ye Jin selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas lapan bulan mendirikan rumah tangga.
Menurut kenyataan pihak agensi pengurusannya, pelakon berusia 40 tahun itu sepatutnya bersalin pada awal Disember namun anaknya terpaksa dilahirkan lebih awal daripada tarikh sepatutnya.
Untuk rekod, Son Ye Jin mendirikan rumah tangga bersama aktor Hyun Bin pada 31 Mac tahun lalu di sebuah majlis tertutup berikutan penularan Covid-19.
Pasangan ini dikatakan menjalinkan hubungan cinta selepas Crash Landing On You tamat siaran pada Mac 2020 namun mendedahkan kepada umum pada awal tahun 2021.
BACA JUGA:
Wrexham malukan United di San Diego
”Nyanyi ke bercakap, pening lalat aku dibuatnya” – Netizen
Lelaki ini penat hadap housemate suka ‘rembat’ barang kepunyaan.