” Muaz, apa kad sesuai untuk bawak pi travel? ”
Bila mengembara sekarang ni saya mostly cashless. Lebih lebih lagi kalau ke Eropah.
Beberapa kad saya cuba sepanjang mengembara di ASEAN & Eropah.
> Card Credit, ni memang kena ada lebih lebih lagi kalau ada book kereta sewa. Hampir semua syarikat rental car dia perlukan Card Credit untuk ambil security deposit. Benda lain saya tak swipe Card Credit.
> Bigpay, ini adalah card feberet saya. Tengok dah macam rupa belacan. Sebab selalu guna. Tapi semenjak ada perubahan caj & pertukaran harga mata wang yang tak sebest dulu. Saya mencuba alternatif lain.
> MAE, macam best. Kad lawoo. Tapi semenjak Maybank ada problem ni selalu kad ni kena reject di luar negara.
Foreign exchange pun macam bigpay dan kadang2 lebih tinggi. Terus simpan kad ni, tak guna dah kecuali dalam Malaysia.
> WISE, kad ijoo ni rupanya best. Lama ambil masa nak subscribe card wise ni.
Lebih user friendly.
So memang aku rekemen kad ijoo WISE ni
1. Wise ni macam kad debit, ada duit baru boleh pakai. tak ada duit menunggg.. barulah kena dengan tema belanja dengan apa yang ada.
2. Kita boleh lock harga ( beli ) currency waktu tengah murah. kalau kita travel lagi 2 bulan pun kita dah dapat currency tu waktu murah.
3. Wise bukan kad kredit, untuk yang ada masalah tak boleh control diri waktu spending. baguslah guna kad ni. tidaklah kita overspend atau kena interest kalau lambat bayar.
4. Walaupun ia mcm kad debit, anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan sebab ia FREE!
5. Akad nya money-changing. On the spot. Sama macam Tuan Puan guna Western Union, Merchantrade, money changer atau kad prepaid . Mana ada beza.
6. Security dinaik taraf. Security dalam WISE ni antara yang terbaik ! apa apa jadi boleh FREZEE dan UNFREZE. Bahkan disediakan 3 virtual kad (balik dari negara tu, boleh terminate kad virtual tu terus).
6. Percuma 2 kali pengeluaran ATM setiap bulan dan tidak melebihi RM1000 setiap bulan. Jika lebih 2x/bulan atau lebih rm1000 baru baru dikenakan caj (yang lebih rendah daripada caj yang dikenakan oleh bank)
Orang yang kaki travel, kerja sebagai tour guide, mutawif, atau memang kerja di luar negara. sesuai sangatlah ada kad WISE ni
Tak perlu dah pakai paypal, rate mahal. kiki
Cuma ada jugaklah kons kad wise ni
1. Top up hanya boleh dibuat secara online di aplikasi Wise. tak boleh guna card credit
2. Tiada fasiliti kredit. apa yang ada dalam kad je
Jika korang bijak, daftar terus WISE guna link ni. Free je
https://wise.com/invite/ahpc/abdulmuazbinabaziza
FREE
*Jangan lagi 2,3 minggu nak travel baru apply, sebab dia punya shipping ambil masa 2 minggu. Apply je sekarang. waktu nak apply fizikal kad tu kena ada RM101 dalam account WISE, jangan risau dah dapat card nanti korang spend la duit tu.
BACA :