Kanak-kanak meninggal dunia ketika ambil wuduk

Mengambil wuduk kerana mahu menunaikan solat menjadi amalan terakhir seorang kanak-kanak lelaki Indonesia, sebelum meninggal dunia akibat dihempap dinding di sebuah masjid, Isnin lalu.

Dalam rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial, Gian Septiawan Ardani, 8, yang belajar di sekolah rendah dilihat sedang mengambil wuduk bersama seorang lagi rakannya di sebuah masjid di Lubuk Minturun, Sumatera Barat.

Tiba-tiba, sebuah motosikal ditunggangi seorang individu terlanggar dinding di tempat dua kanak-kanak itu mengambil wuduk.

Kanak-kanak meninggal dunia ketika ambil wuduk

Dinding itu runtuh di atas kepala Gian, manakala rakannya berjaya mengelak bongkah konkrit itu.

Gian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala dan kehilangan banyak darah.

Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan, insiden membabitkan motosikal Yamaha Mio Sporty itu berlaku kira-kira 3 petang, Isnin lalu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang pentadbir masjid, Desriadi, memberitahu Republika, penunggang motosikal itu hilang kawalan ketika lelaki itu melakukan aksi ‘freestyle’.

Katanya, penunggang itu adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai sering menunggang secara melulu.

Lelaki itu adalah pelajar berusia 13 tahun yang belajar di sebuah sekolah menengah rendah, lapor media Indonesia.

BACA :

‘Hampir setiap hari saya terserempak dengan beliau, sentiasa pegang dan baca al-Quran. Bila ditanya, ini jawapan beliau’
Pasangan suami isteri jadi punca kebakaran Gunung Bromo seluas 50 hektar
‘Ni kisah gelap saya membeli dengan sebuah kedai, sekarang tengah aktif buat fb ads dan ramai yang komen berminat..’