Kecoh tanah kerajaan ditukar milik kepada isteri Exco di Terengganu, ini rupanya yang berlaku
Terdedah dokumen melibatkan agensi utama Terengganu. Tanah ditukar milik kepada isteri Exco, conflict of interest?
Pendedahan ini dimulakan oleh laman Terengganu Coverage. Macam ni cerita dia.
Di Terengganu, ada sebuah agensi bernama Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Dalam bahasa mudah, tujuan utama PMINT adalah MEMAJUKAN pelbagai sumber dan sektor
Bila cakap memajukan, maksudnya develop lah, seperti buat projek perumahan, kemudian jual kepada rakyat.Ada 3 lot tanah yang dimiliki oleh PMINT, dibeli pada 2015 untuk tujuan pembangunan dengan harga RM930k.
Lokasi tanah ini sangat strategik, terletak di hadapan Pejabat Daerah Hulu Terengganu, tepi jalan utama di Kuala Berang.
Rupanya, pada tahun 2019 dan 2020, ketiga-tiga lot tanah, lot 50136, 50137, dan 50138 itu ditukar milik dari PMINT kepada seorang individu bernama Nor Aini binti Mohamed. (gambar 3,4,5). Nor Aini ni tinggal di alamat No 6712, Kg. Sungai Petai.
Lihat syarat nyata yang aku kotakkan merah, syaratnya adalah ketiga-tiga lot ini didirikan bangunan kedai sahaja dalam tempoh 2 tahun kecuali kalau dapat extension dari Pejabat Tanah.
Aku tertanya jugak, kalau nak develop bangunan kedai ni, sepatutnya syarikat pemaju lah, bukan individu.
Tertanya lagi, siapa Nor Aini binti Mohamed ni? Di dokumen itu, tertera no kad pengenalan pemilik.Laman Terengganu Coverage dedahkan yang Nor Aini adalah isteri kepada seorang ADUN PAS di Terengganu bernama Dr. Mamad Puteh.
Ingat tak lokasi tanah tu di mana?
Tanah tu di Kuala Berang. Dr. Mamad Puteh tu merupakan ADUN di DUN Kuala Berang.
Yang lagi syok, Mamad Puteh juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PMINT! (gambar 6)
Di laman Wikipedia, dinyatakan pasangan kepada Dr. Mamad Puteh bernama Noraini bt Mohamed.
Dalam sijil tanah tu Nor Aini. Dalam Wikipedia Noraini. Ish, orang lain kot?
Oklah, saja nak jawab soalan walaun sebelum depa tanya. Dalam Wikipedia jugak sebut nama ex-PM8 sebagai Muhyiddin walhal nama sebenar Mahiaddin.
Sebab dah ada no IC tu, aku cari maklumat Nor Aini dalam daftar pengundi di laman web SPR.
Lokaliti-nya Kg Sungai Petai dalam DUN Kuala Berang.
Tengok balik gambar dari Wikipedia tu, kat mana kediaman Mamad Puteh?
Kediamannya di Kg Sungai Petai. Ah sudoh doh la!
Oklah, mungkin walaun akan cakap, Dalam satu kampung mungkin ada ramai nama Noraini. Bukan bini ADUN ni sorang ja.Soalan tu aku pulangkan balik kepada ADUN berkenaan, dan juga orang-orang di Kg. Sungai Petai.Boleh la check, No 6712 Kg. Sungai Petai tu alamat Nor Aini bini Mamad Puteh atau Nor Aini bini orang lain.
Awal tadi aku sebut, peranan PMINT adalah memajukan/develop kan?
Tengok enakmen PMINT 1965, di mukasurat 11. Boleh download PDF dari laman web PMINT (https://www.pmint.gov.my/…/Enakmen_Perbadanan_Memajukan…)
Apa yang dia sebut?
To promote any company or companies for the purpose of acquiring property and rights.
Enakmen sebut tentang SYARIKAT yang membeli hartanah, hak, dan liabiliti PMINT.
Dia langsung tak sebut INDIVIDU, tapi “company or companies” atau syarikat.
Salah satu fungsi PMINT ni diwujudkan adalah untuk cari tanah berpotensi dari kerajaan negeri dan beli tanah tersebut.
Dari situ PMINT boleh jual tanah tu kepada syarikat pemaju atau PMINT bangunkan tanah itu sendiri dan jual rumah/kedai kepada rakyat/entiti perniagaan.
Bukannya jual atau tukar milik tanah kepada individu. Apatah lagi kepada bini ADUN di mana tanah itu berada.
Nak lagi panas ADUN tu pulak pada masa sama Ahli Lembaga Pengarah PMINT.
Guane gamok set Kuale Berang?
Sumber : FB Najib Bakar
BACA JUGA :
Kemenangan untuk semua kerusi yang akan ditandingi BN
Polis siasat punca kematian kanak kanak
Reen Rahim hilang pertimbangan ketika lapar…”Dia ingat dia selamat ke buat saya macam ni”