Kelantan, Sarawak & Sabah rekod perkahwinan bawah umur paling ramai di Malaysia

Sarawak, Kelantan dan Sabah merekodkan kedudukan tertinggi bagi perkahwinan bawah umur di Malaysia. Manakala Perlis, Pahang dan Melaka mencatatkan nombor yang terendah, lapor Sarawak Women for Women.

Kelantan, Sarawak & Sabah rekod perkahwinan bawah umur paling ramai di Malaysia

Dalam satu gambar rajah yang dikeluarkan di laman Instagram tersebut, sebanyak 1,638 individu bawah umur berkahwin di Sarawak dari tahun 2017 hingga 2020.

Daripada data tersebut, 500 dikatakan berkahwin menurut undang-undang Syariah atau Hukum Islam, sementara 1,138 individu lainnya melakukan perkahwinan menurut adat, dikenali sebagai perkahwinan kanak-kanak adat.

Selain itu, faktor yang membawa kepada terjadinya perkara ini adalah disebabkan kurangnya didikan seksual, tekanan ekonomi, tradisi dan budaya setempat serta kurangnya kesedaran tentang bahaya perkahwinan kanak-kanak.

BACA :

‘Sepanjang 14 tahun aku berkahwin, aku tak pernah tanya arwah isteri aku berapa gaji dia. Dia tak pernah berkira satu sen pun dengan aku..’
Lima pelakon, pengarah filem dicekup polis didakwa hasilkan filem lucah
Dikecam kerana makan merpati untuk kekal cantik, ‘Saya rasa yang bitter ni orang bandar’