Kelmarin datang kluster manusia yang tinggi cita cita dalam 8 ke 10 orang untuk tengok kereta mewah.
Bila ditanya, siapa dan kereta apa dicari.
‘Kami datang nak beli kereta cash,setiap seorang dapat budget beli 5 unit kereta’. Dato Sri akan bayar semua! Bayaran tunai.
Dato Seri dari palembang kalau sembang memang kencang.Xde lg dato seri nak beli kereta bg org lain pakai.
Astagana, kluster kayangan lagi! Terkena aku!
Main sebut dan order ikut sedap tekak.
“Nanti buatkan sebut harga untuk aventador, brabus G63,huracan nak special edition,aston martin pun nak dalam 15 buah mcmtu”
Jangan lupa masukkan sebutharga untuk Laa Ferrari ye! Sembang kartun.Sembang terlalu kari.
.
Naik kesian. Tak layan dapat maki.
Mudah betul orang kita ditipu, cukup konfiden duit itu benar benar ada. Kesian pada yang ditipu,memang punai siapa yang menipu.Dato seri bru beli agaknya.
Bukan susah nak kenal kluster ni, kalau datang nak beli 2-3 unit sekaligus. Harga pun tak nego. Boleh baca kluster yang satu ni.
Order kereta merepek mengalahkan anak raja,ni juga contoh kluster langit. Boleh hilang tenaga sehari melayan kluster yang satu ni.Lemah betul.
Kalau ditanya apa bisnes, memang seram dengar, takda yang juta, semua ‘billion billion’ saja. Kalau mahu,share Aston Martin pun mahu dibelinya dkt negara eropah tu.Auto jadi CEO terus🤙🏻
Aku yakin,ramai sales kat sini pernah merasa, betapa renyah dan merepeknya melayan kluster langit ni.
Masa yang sama, agak menyedihkan apabila kebanyakkannya adalah anak bangsa kita yang mudah terjebak dengan hal yang boleh menjadikan mereka kaya sekelip mata.
Barang mau kaya mesti mau ada usaha.Tak datang sekelip mata.
Mengeja ‘quotation’ pun boleh jadi ‘cotetation’.
Tapi nak order Laaa Ferrari. Muka memang minta kena shoot ke macamana?Laaa toyota La honda xnak pulak order.Honda pun dh hrga 400k tau.
BACA :