Kenderaan pacuan 4 roda nahas cuba lintas landasan kereta api

Kenderaan pacuan 4 roda nahas cuba lintas landasan kereta api

Lapan terbunuh dalam kejadian kereta api barang merempuh sebuah pikap yang cuba melintas landasan, di tengah Thailand hari ini.

Menurut agensi Kereta Api Thailand dalam satu kenyataan, nahas berlaku sekitar jam 2.20 pagi, di persimpangan haram di wilayah Chachoengsao, dekat timur Bangkok.

Kenderaan pacuan 4 roda nahas cuba lintas landasan kereta api

Kenyataan itu memaklumkan pemandu kereta api ada membunyikan hon amaran ketika menghampiri persimpangan itu tetapi tidak dapat berhenti sebelum merempuh trak yang membawa ikan.

“Ia menyukarkan pemandu untuk memberhentikan kereta api tepat pada masanya,” kata kenyataan itu.

Empat lagi cedera dengan seorang daripadanya berada di hospital dalam keadaan kritikal.

Seorang mangsa yang terselamat berusia 20 tahun yang sempat melompat keluar dari trak pikat berkenaan, sejurus sebelum nahas.

Dia memberitahu, mereka menyangka kenderaan dinaiki itu boleh melepasi lintasan berkenaan, sebaliknya menyedari tidak sempat berbuat demikian selepas menyedari kereta api berada tidak jauh trak terbabit.

Kemalangan maut adalah insiden biasa di Thailand dan kerap mendahului senarai jalan paling maut di dunia.

Memandu laju dalam keadaan mabuk dan penguatkuasaan undang-undang lemah antara faktor penyumbang.

Pada Oktober 2020, 18 orang terbunuh apabila kereta api pengangkut barang merempuh bas yang membwa penumpang ke upacara keagamaan.

BACA JUGA:

Anwar Ibrahim hadiahkan Sultan Brunei Stereng F1, “Susahnya nak bagi hadiah dekat orang yang dah ada semua benda” – Netizen

Tular baru-baru ini di media sosial hukum makan ulat sagu – Ini hukumnya

Empat lembaga hitam curi tumpuan penonton di stadium, “tak tahu nak focus bola ke lembaga tu”