Assalamualaikum..Selamat Pagi..nak bagitau sikit…kalau dah macam nie rupanya ..buang je laa ya..pi beli baru pinggan mangkuk tu…
Nak makan pun tak de selera…ni mesti basuh main celup celup sahaja..
Tu belum tengok toilet berlumut berlendir lagi…belum lagi tengok dalam rumah macam mana….gambar ni saya copy paste di social media…
Lokasi tempatnya saya tau…kita rahsiakan..pelanggan selalu ramai…masakan dia nampak sedap…mee celup ..nasi sup oiii
Satu lagi..kalau kat rumah kita buat production katering ke apa ke..jangan laa ada binatang berkeliaran dalam rumah…kucing ke apa ke…bagi binatang tu duk kat luar..tak salah nak pelihara..
Tapi jangan bagi berkeliaran dalam rumah kita…sampai naik atas meja..berkeliaran sana sini…lepas masak pegang bulu kucing…pi kursus pengedalian makanan pun dah memang diajar … Tempat penyediaan mesti bersih…
Kita jangan buat macam nie ya..kalau dah kotor sangat pinggan mangkuk tu pi buang…gelas dah retak pi buang..
Sekarang ni banyak pinggan mangkuk ada jual murah murah kat Eco..Daiso… banyak je pilihan yang ada… Tolong Utamakan Kebersihan…
Kalau basuh pinggan tu..tenyehh sekali bahagian bawah..saya pernah makan dapat pinggan berlumut bahagian bawah macam nie…bila tengok terus tak de selera nak makan…
Nak komen kat bawah ni jangan mengutuk..bagi nasihat yang elok elok sahaja..kalau komen merapu saya hide.
Satu lagi..kalau meniaga tepi jalan tu..pisang goreng ke…tutup laa sikit….
Kenderaan duk lalu lalang….
Nak senang..lagi bersih….guna sahaja bekas pakai buang ..jimat air..jimat sabun..jimat staff
Perkara yang wajib di ketahui oleh Pengendali makanan waktu masak/ service
1. Mask✅
2. Jam Tangan ❌
3. Cincin❌
4. Gelang❌
5. Anting2(subang)❌
6. Inai di jari❌
7. Pewarna kuku❌
8. Wajib tutup kepala✅
9. Apron✅
10. Berkasut penuh✅
11. Pakaian yang sesuai✅
12. Mempunyai suntikan typhoid✅
13.Mempunyai Sijil Krusus Pengendali Makanan ✅
Komen tak elok tulis mention Negeri saya hide…tak kisah negeri mana..kalau pengotor tetap pengotor..sikap kita sendiri ya…jangan mention Negeri dalam.komen…hormati Negeri kita semua…
Thank You…
BACA :