Kerajaan Johor dan Mindef wujud jawatan khas bersama projek HSA2

Kerajaan Johor dan Mindef wujud jawatan khas bersama projek HSA2

Kerajaan negeri akan mewujudkan satu jawatankuasa khas bersama Kementerian Pertahanan (Mindef) berkenaan pelaksanaan projek Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) di daerah ini.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jawatankuasa itu dibentuk bagi meneliti cadangan pembinaan HSA2 dalam satu kawasan tanah milik kementerian tersebut di bandar raya ini.

Menurut beliau, hasrat kerajaan negeri itu telah mendapat sokongan baik daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Kerajaan Johor dan Mindef wujud jawatan khas bersama projek HSA2

“Pembinaan HSA2 amat penting kerana ia mampu mengurangkan kebergantungan serta kesesakan di Hospital Sultanah Aminah sedia ada.

“Pelbagai perkara telah dipersetujui dan satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memperhalusi cadangan ini dengan lebih lanjut agar dapat merangka pelan yang tersusun.

“Isu-isu hal ehwal keselamatan dan pertahanan negeri Johor juga amat mustahak, terutamanya isu keselamatan sempadan negeri dan perkara ini telah dibincangkan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan pada Khamis selepas mengadakan pertemuan dengan Mohamad di Kementerian Pertahanan di Putrajaya pada Rabu.

Turut hadir, Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon; Pengarah Tanah dan Galian Johor, Datuk Ashari Kasnan dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut.

BACA JUGA:Amanah Selangor bakal bertanding 9 kerusi PRN Selangor