‘Kes Shila Amzah, dari Rumah banglo 9 bilik dia nak belikan kondo yang lebih kecil untuk keluarganya..’

Kes Shila Amzah, Dari Rumah banglo 9 bilik dia nak belikan kondo yang lebih kecil untuk keluarganya.

Bagi saya, lagi besar sebuah rumah lagi banyak duit yang akan keluar..Bukan senang ye nak maintain sebuah rumah Banglo.

Jiran depan rumah saya ni pun asalnya duduk Banglo yang ada swimming pool..Bila anak-anak dah besar dan kahwin.

'Kes Shila Amzah, dari Rumah banglo 9 bilik dia nak belikan kondo yang lebih kecil untuk keluarganya..'

Akhirnya tinggal mereka berdua sahaja..Anak-anak pun jarang balik rumah, akhirnya mereka jual banglo mereka dan cari rumah yang lebih kecil..Bila weekend anak-anak balik rumah, terasa meriah.

Even saya sekarang pun anak-anak kat asrama, kami tinggal berdua sahaja..Dah dapat bayangkan kalau anak-anak dah kahwin nanti, ada keluarga sendiri.

Akhirnya kami tetap tinggal berdua..Rumah ni pun kami dah terasa besar dan sunyi..Sebab tu saya tak berimpian nak Rumah Banglo besar, ada swimming pool, ada lift apa semua bagai.

Sebab akhirnya, kita akan tinggal berdua..Rumah besar macam mana pun, akan tetap terasa sunyi..Nak kemas rumah pun dah bercintaaa.

Bercerita pula bab kereta mewah, di kediaman saya kebanyakan mereka dari golongan Elit.

Kereta mahal semua dalam porch je, bila keluar mereka pakai kereta kecil yg lebih senang ke sana ke mari…Lebih mudah dan senang nak maintain.

Bila dengar pengalaman mereka, sebab tu lah saya tak berimpian nak berumah besar, berkereta mewah..Lagi besar kemahuan kita, lagi banyak kebocoran yg akan berlaku.

Betul lah kata pepatah, lagi besar periuk, lagi banyak keraknya.

BACA :

‘Bising pasal harga naik, tapi hari-hari minum kopi T20’
‘Terdetik juga tak mahu rumah besar-besar sebab susah nak jaga, tapi aturan Tuhan berbeza. Ayah yang tengah sihat tiba-tiba kena strok..’
‘Macam mana dia boleh post-post rindu dengan wife dia tapi dalam masa sama duk berkasih sayang dengan si Farah, muka nerd tapi perangai…’