Ketua kartel dadah ditanam dengan puluhan senjata api untuk lindungi diri di akhirat

Seorang ketua kartel Ecuador yang dibunuh dikenali sebagai “El Fatal” telah dikebumikan dengan ratusan pistol dan senapang dengan tujuan untuk melindungi dirinya di alam akhiratz

Julian Sevillano, pemimpin terkenal kumpulan kartel “Los Fatales” berusia 39 tahun, sedang bersama anak perempuannya yang berusia 20 tahun sebelum mereka mereka diserang hendap oleh lelaki bersenjata, menurut La Nacion.

Kedua-duanya terbunuh dalam tragedi tembak-menembak.

Ketua kartel dadah ditanam dengan puluhan senjata api untuk lindungi diri di akhirat

Ahli keluarga Sevillano enggan memberi kebenaran kepada pihak polis untuk membedah siasat mayat mangsa, sebaliknya mereka menjalankan ritual pengebumian besar-besaran sehari selepas kejadian.

Dalam gambar yang kini tular menunjukkan Sevillano berada dalam keranda sambil pengikutnya mengisi dengan senjata – dilaporkan tujuannya adalah untuk dia melindungi diri sepanjang berada di alam kubur.

Polis dan askar Ecuador kini berkawal di tengah-tengah khabar angin tentang kemungkinan perang balas dan keganasan yang berterusan.

BACA :

‘Kini apa Sejarah Melaka yang kau boleh lihat selain Kota A Famosa ini. Bang**gnya Melaka menjaga Sejarah..’
‘Padah tak pandai masak, suami balik rumah mertua seorang diri. Pulang dari rumah mertua, aku naik hantu..’
Wanita tak pernah jemu minta doa dari anjing & kucing jalanan, netizen persoal “Kenapa tak minta doa dekat tuhan?”