Saya suka sejarah. SPM dulu saya dapat A.
Sebab itu saya benci kerajaan Kedah kerana mengabaikan Candi di area Merbok. Dibiarkan terbiar. Bang**g.
Saya suka Melaka kerana sejarahnya. Namun kini apa Sejarah Melaka yang kau boleh lihat selain Kota A Famosa ini.
Bang**gnya Melaka menjaga Sejarah, persis orang Langkawi. Satu level bang**g.
Saya ambil contoh, Stonehenge di UK, tak ada apa sangat pun, tapi mereka berjaya buat tempat itu Wow gila. Dan itu bukan tempat ori Stonehenge pun kalau kau nak tahu.
Pergi pula ke Bath, tengok bagaimana mereka persembahkan dan bercerita tentang agungnya tempat mandi tersebut suatu masa dahulu.
Melaka ini kononnya mahsyur dengan Hang Tuah, tapi mana letak Hang Tuahnya? Muzium dia pun hidup segan mati tak mau.
Bagaimana kita nak rasa feel Melaka itu dulu diserang Portugis, diduduki Belanda, di mana kita boleh lihat itu semua dan berimaginasi tentang hal tersebut?
Dekat Mahkota Parade?
Mereka yang bawa beca pun lebih mengagungkan Little Pony dan Dangdut berbanding Dondang Sayang. Tak ada jati diri.
Sebab itulah dengan tak malunya boleh mendabik dada dengan tagline Don’t mess with Melaka. Baser bod*.
BACA :