Kini Sungai Pahang menjadi lubuk udang galah yang terbesar

Kini Sungai Pahang menjadi lubuk udang galah yang terbesar

Jabatan Perikanan Pahang melepaskan lebih 282,200 benih udang galah di Sungai Rompin di Rompin dan Sungai Pahang di Pekan sejak Januari lalu.

Pengarahnya, Abdullah Jaafar berkata, Sungai Rompin dan Sungai Pahang sememangnya terkenal dengan udang galah berkualiti tinggi dan menjadi sumber pendapatan nelayan darat.

Kini Sungai Pahang menjadi lubuk udang galah yang terbesar

Menurutnya, dua sungai utama berkenaan menjadi tumpuan pemancing luar selain pelbagai spesies ikan air tawar yang mendapat permintaan tinggi daripada penggemarnya.

“Program pelepasan udang galah dilakukan secara berperingkat sepanjang tahun dengan pembabitan pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, penduduk kampung dan nelayan darat.

“Jabatan yakin dengan adanya program pelepasan benih udang galah dapat meningkatkan stok hidupan sungai itu, selain berupaya menambah pendapatan nelayan darat serta menggalakkan lagi aktiviti memancing yang menjadi produk pelancongan,” katanya, dihubungi, di sini semalam.

Beliau berkata bagi perikanan darat atau perikanan di perairan sungai di Pahang, tahun lalu ia menyumbang pendaratan 1,569 tan bernilai kira-kira RM36.8 juta.

BACA JUGA:

Banyak rungutan pelangan disuarakan tentang segelintir peniaga asal boleh, “Masak main hentam buta je tapi charge mahal”

Padah jika ibu hamil hidap penyakit kencing manis! Ini 3 kumpulan wanita berisiko hidap kencing manis & cara mengatasi

Tak patut bandingkan Kelantan dengan KL, sebenarnya Kelantan pun dah maju – Timbalan Menteri Besar