Rumah pusaka Shila
Untuk yang belum tahu, selagi mana pemilik belum meninggal, rumah tersebut bukan rumah pusaka. Tetapi itulah yang ramai lakukan, bukan Shila seorang sahaja.
Ramai orang2 tua yang ada rumah, menggelarkan rumah yang mereka diami itu sebagai rumah pusaka. Ramai orang tua berharap apabila mati, rumah yang mereka tinggalkan akan menjadi tempat anak2 berkumpul.
Dalam kes Shila, rumah banglo tersebut dibeli & dibayar oleh Shila sendiri. Jadi adalah hak Shila šÆ untuk berbuat apa sahaja ke atas rumah tersebut. Shila boleh buat:
1) Jual
2) Hibahkan
3) Wakaf
4) Sewakan
5) Nak runtuhkan sekali pun boleh
Dalam kes ini adik beradik Shila tiada hak. Ibu Shila pun tiada hak. Admin difahamkan Shila nak beli rumah yang lebih kecil (convenient) untuk adik beradik & ibunya.
Pada pandangan admin, rumah ini menjadi isu kerana:
1) Ibu bapa Shila baru bercerai
2) Adik2 & Ibu Shila hilang tempat bergantung
3) Selama ini Shila yang menanggung keluarganya
4) Adik beradik Shila tiada pendapatan
5) Shila baru berkahwin baru, ibu bapa bercerai kemudian nak jual rumah
6) Adik beradik keluarkan kenyataan di media sosial (a big NO!)
Jadi apa yang Shila perlu lakukan ?Teruskan niat untuk beli rumah lebih kecil untuk didiami oleh ibu. Adik beradik Shila bukan bawa tanggungjawab Shila.
Ibu tetap ibu. Kalau ibu pernah lukakan hati kita sebesar gunung pun, ingatlah setitis air susu yang dia pernah berikan, tidak terbalas dengan seluas laut pengorbanan kita.
Kepada Shila, kalau orang kata Shila telah dipergunakan sejak untuk cari rezeki untuk keluarga, jangan mengeluh tetapi berbanggalah.
Kepada ibu bapa, apabila ada anak, jangan harap anak akan jadi longterm investment kita untuk hari tua. Cukuplah mereka jadi anak yang baik dan menjaga kita selayaknya.
Bergantung pada Allah bukan manusia. Semoga dipermudahkan urusan keluarga Shila.
BACA :