”Korang jangan esok nak shoot malam ni tarik diri aku saman nanti” – A.Aida sindir siapa tu?
Menerusi perkongsiannya itu, A. Aida memperkenalkan Tash Yong dan seorang lagi pelakon baharu yang bakal membintangi drama terbitannya itu.
Esok nak shoot telemovie untuk sebuah stesen televisyen, jadi dua orang ni merupakan pelakonnya.
Dalam pada itu, A. Aida sempat memberikan ‘amaran’ dan ‘nasihat’ kepada mereka untuk tidak menarik diri pada saat akhir.
Penerbit berusia 53 tahun itu juga sempat berseloroh dengan mengatakan akan menyaman mereka sekiranya mereka berbuat demikian.
Korang jangan esok nak shoot, malam ni tarik diri. Aku saman korang berdua.
Meskipun video tersebut dimuat naik beberapa bulan yang lalu, ia tetap kembali menjadi bualan ramai di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa kata-kata A. Aida itu seakan menyindir seorang pelakon yang pernah mempunyai kontroversi dengan syarikat produksinya.
Bukan itu sahaja, mereka juga memuji A. Aida yang dilihat sentiasa cantik dan tidak dimamah usia.
BACA JUGA:
Panik pengantin perempuan nangis akibat pelamin roboh
Cef Nasi Arab terkenal cipta kontroversi dengan runner, netizen cadang nak boikot
Peniaga jual lauk ikan keli pakej mata kail, ramai pelanggan nyaris maut