Kuaters polis Selangor dapat peruntukan, “lama dah kami tunggu”
Polis kontinjen Selangor akan membuat permohonan baik pulih serta selenggara kuarters dari semasa ke semasa bagi manfaat anggota di negeri itu susulan pengumuman peruntukan tambahan menyelenggara kemudahan agensi Kementerian Dalam Negeri (KDN) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata kontinjen berkenaan sebelum ini telah menerima manfaat daripada Belanjawan 2023 dengan peruntukan berjumlah RM3.75 juta bagi tujuan itu.
“Ia bagi membaiki dan menaik taraf kuarters polis di seluruh Selangor. Selenggara dan baik pulih yang dilaksanakan merangkumi naik taraf rumah, mengecat kuarters yang daif serta pembaikan kerosakan lain,” katanya kepada Bernama, di sini.
Beliau berkata, kuarters polis terbabit termasuk Kuarters Polis Bandar Sultan Suleiman, Klang; Kuarters Polis Seksyen 20, Shah Alam; Kuarters Balai Polis Damansara, Petaling Jaya; Kuarters Polis Sabak Bernam dan Kuarters Balai Polis Pulau Ketam, Pelabuhan Klang.
Justeru, beliau mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Perdana Menteri dalam memastikan fasiliti perumahan warga polis di seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik.
Baru-baru ini, Anwar mengumumkan peruntukan tambahan RM150 juta untuk selenggara kemudahan agensi KDN antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di seluruh negara.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan peruntukan lebih RM500 juta bagi menyelenggara Rumah Keluarga ATM dan membaik pulih kuarters kediaman dan institusi di bawah KDN termasuk PDRM.
BACA JUGA:
The 1975 diletakkan dalam senarai hitam buat persembahan di Malaysia
Pasangan buat drama dalam panggung, panas ditegur bising terus tuang arak dan tunjuk isyarat lucah
Kantoi nurse jatuhkan bayi pramatang sampai alami pendarahan otak, retak tulang – Ini respon KKM