Kuota haji di Sabah kini bertambah

Kuota haji di Sabah kini bertambah

Kerajaan negeri memohon agar kuota jemaah haji dari Sabah dapat ditambah, mulai tahun depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Arif, berharap Lembaga Tabung Haji (TH) dapat memperjuangkan kuota untuk rakyat Sabah.

Kuota haji di Sabah kini bertambah

“Saya harap pada tahun depan akan bertambahlah kuota haji untuk Sabah. Tetapi Alhamdulillah pada tahun ini sudah bertambah, biasa hanya dua penerbangan dan kali ini enam penerbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut kepulangan kumpulan pertama jemaah haji Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, malam tadi.

Seorang jemaah haji dari Sabah meninggal dunia ketika mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci, pada musim haji tahun ini.

Mohd Arifin Arif berkata, jemaah lelaki warga emas berumur 75 tahun dari Kudat itu meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan.

Katanya, proses pengurusan jenazah jemaah terbabit di Tanah Suci yang dikendalikan pihak TH berjalan dengan lancar.

“Saya juga difahamkan pihak TH Sabah ada datang ke kampung arwah untuk menziarahi keluarganya dan ikut sama bertahlil dan berdoa untuk arwah,” katanya

Seramai 274 jemaah haji Sabah tiba melalui dua penerbangan malam tadi, manakala empat lagi penerbangan membawa pulang jemaah haji Sabah dijadual tiba selepas ini.

Secara keseluruhan, seramai 1,079 jemaah haji dari Sabah terpilih mengerjakan rukun kelima Islam itu pada tahun ini.

BACA JUGA:

Tajuk berita disunting bagi tujuan fitnah Fahmi Fadzil berkaitan isu The 1975 angkara PAS

Starlink boleh dilanggan sekarang di Malaysia dengan harga tawaran tak masuk akal!

84 orang jalankan aktiviti persundalan di pusat hiburan terkenal tanpa permis sah ditahan – Ketua Polis Negara