Lama saya tengok abang yang pakai sapu tangan ikat dikepala termenung.
Dia hampiri peti ais tu, then dia pergi.
Lepas tu dia datang balik.
Saya buat buat tanya, meneka apa kat kepala dia.. “barang mahal ke bang? “
“Iye “ jawabnya. Saya pergi dekat, terkejut juga saya tengok harga ayam bertepung tu 22 Ringgit.
Tu pon after discounted, harga asal 24 ringgit.
Saya memang selalu beli sebelum ni, tapi 2/3 bulan saya diet ni, saya stop makan process food.
Sebelum ni, harga dalam 14 ringgit je.
Tiba tiba jadi 24 ringgit.
Kenaikan dalam 40 peratus.
Then saya pergi tempat beras, nak check betul ke orang kata beras tak de.
Memang betul, kosong.
Beras yang saya selalu beli harga 40 ringgit tu ada lah.
Beli beras tu, sambil derma untuk rancangan “ Bersama Mu”
Next saya cari telur pula, kat rak kosong.
Yang tinggal telur masin, dan telur omega sahaja.
Budak Bangladesh yang kerja kat situ cakap.
Dah 3/4 hari telur abis, tapi hari ni baru je sampai,,
Akan masuk kekedai kejap lagi..
Lepas 5 minute, memang ada sorang staaff buat masuk telur telur tu.
Masing masing pakat beratur nak beli macam nak dapat free.
Entah lah pelik betul zaman sekarang ni, kita ada sawah, tapi beras tak ada.
Kita ada ayam, tapi telur pulak tak ada.
Saya malas nak berpolitik, kerap sangat bosan juga.
Tapi bila saya flashback balik,
Orang yang dalam kerajaan sekarang la yang menggelar BN ssbagai Barang Naik.
Orang yang sama jugak, buat hastag kerajaan gagal.
Dan orang yang sama memperjuangkan kesusahan rakyat dengan mengibar bendera putih.
Bila mereka jadi kerajaan, even covid dah tak ada.
Lagi worst sebenarnya.
BACA :