Lelaki cedera ditembak bekas kekasih selepas cuba minta duit

Seorang lelaki Thai berusia 40 tahun cedera akibat ditembak di perut oleh bekas kekasihnya selepas dia meminta wang daripada wanita tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Seorang pemilik kedai runcit tempatan melaporkan kejadian tembakan itu kepada pihak berkuasa di Balai Polis Mueang Samut Prakarn selepas mangsa yang dikenali sebagai Ying, ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak di perut.

Polis bekerjasama dengan pasukan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian dan memberikan pertolongan cemas kepada mangsa serta memindahkannya ke hospital.

Lelaki cedera ditembak bekas kekasih selepas cuba minta duit
Ying ditembak di perut oleh bekas kekasihnya selepas meminta duit daripadanya di sebuah kedai di Thailand baru-baru ini.

Pada mulanya, Ying memberitahu polis bahawa dia telah menembak dirinya secara tidak sengaja semasa berada di dalam bilik sewanya, 40 meter dari kedai runcit.

Namun, apabila pihak berkuasa bergegas ke biliknya untuk menyiasat, mereka tidak menemui sebarang senjata api di premis itu.

Namun, ipar Ying kemudian memberitahu polis bahawa penyerang dipercayai bekas teman wanitanya yang dikenali sebagai Sangwian, 60.

Sejurus polis tiba di rumah Sangwian, wanita itu mengaku menembak Ying untuk mempertahankan diri.

Dia mendakwa bahawa Ying cuba menyerangnya secara fizikal untuk mendapatkan wang daripadanya.

Sangwian kini ditahan untuk disoal siasat oleh polis.

BACA :

‘Dalam menunggang elakkan diri dari sifat ego. Lebih-lebih lagi jika menunggang dengan jentera idaman’
Warga asing bakal terajui Malaysia, ‘Anak Bangladesh akan jadi ahli parlimen’
‘Saya baru 20 cikgu. Siang saya kerja sini, malam saya kerja kat bengkel kereta. Terkejut aku. Dalam usia sebegitu, dia dah pikul tanggungjawab’