Lelaki kagum hasil bertukang sendiri dengan modal RM600 je tapi hasilnya ‘wow’!

Lelaki kagum hasil bertukang sendiri dengan modal RM600 je tapi hasilnya ‘wow’!

Kebanyakkan rumah masa kini dilengkapi dengan bilik utiliti sama ada untuk dijadikan ruang stor mahupun laundry.

Bagi pemilik yang menyediakan perkhidmatan sewaan bilik, ruangan sempit itu yang bersaiz 2.4 x 1 meter turut dijadikan salah satu bilik tidur.

Lelaki kagum hasil bertukang sendiri dengan modal RM600 je tapi hasilnya ‘wow’!

Bagaimanapun, ia disewakan dengan kadar paling murah kerana boleh menempatkan sebuah katil bujang semata-mata.

Berbeza pula dengan Eksekutif Pengeluaran, Muhammad Saiful Azreen yang mengubah suai ruangan tersebut menjadi bilik tidur berkonsepkan loteng.

Berkongsi idea, pemuda berusia 31 tahun itu berkata, pada awalnya dia hanya membiarkan bilik utiliti itu kosong meskipun ketiga-tiga bilik yang lain disewakan.

Katanya, idea untuk mengubah suai bilik tersebut datang selepas seorang pelajar lelaki hadir menyuarakan hasrat dan bersungguh-sungguh mahu menyewa ruangan berkenaan.

“Datang seorang pelajar ni cakap dia nak sewa juga… dia minta tolong sangat-sangat dan nak duduk untuk tempoh dua bulan sahaja.

“Disebabkan kesian, saya pun benarkan dan meletakkan sebuah katil di dalamnya. Bilik tu kembali kosong selepas dua bulan, jadi datanglah idea saya untuk make over dan ketinggian ruang tu pula kira-kira enam meter,” luahnya kepada mStar.

Selepas bertemu dengan beberapa kontraktor berkaitan, kos yang ditawarkan untuk mengubah suai bilik berkonsepkan loteng adalah sekitar RM3,200.

Harga tersebut membuatkannya cuba menterjemahkan sendiri konsep yang diidamkan di rumah sewanya yang terletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Malah, kos untuk membina loteng pula adalah sekitar RM600.

“Tambahan aksesori bilik seperti kipas, lampu, katil, wallpaper dan sebagainya menjadikan kos keseluruhan kira-kira RM1,200,” ujarnya yang menyiapkan bilik tersebut secara bersendirian.

Meskipun mengambil masa selama dua bulan, namun hasil yang diperoleh mengagumkan sehingga ada yang ingin mengupahnya sebagai tukang untuk ubah suai ruang kediaman.

“Saya buat sendirian sahaja… habis kerja pukul 6 petang sehingga 9 malam, sebab itulah lambat siap.

“Semasa ubah suai tu tak terfikir akan dapat hasil ‘wow’. Tapi mungkin nampak menarik sebab warna dan konsep pencahayaan yang digunakan,” katanya yang meminati bidang rekaan dalaman.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi beberapa tip untuk menjadikan ruangan sempit kelihatan luas.

1. Boleh hasilkan partition atau jadikan dua ruangan seperti loteng.

2. Warna yang digunakan untuk cat dinding perlulah lebih cerah.

3. Penggunaan aksesori yang sesuai juga penting di samping warna tema.

4. Pilih konsep pencahayaan seperti warm light untuk memberikan impak luas dan mewah.

BACA JUGA:

Polis buru suspek pecahkan dinding kaca Pejabat Agung PAS

Liverpool mudah tundukkan Leicester

Baddrol Bakhtiar dipertikai tiada bakat dalam politik