Lelaki kongsi pengalaman di Rumah Hutan Bonda, ‘Niat nak healing bertukar menjadi trauma!’

Rumah Hutan Bonda ‼️

Niat nak healing bertukar menjadi trauma‼️

Just a sharing utk peringatan bersama bila bercuti. Bukan niat utk mengaibkan sesiapa.

Semalam, 9.9 aku , wife dan anak2 check in di Rumah Hutan ( Anggerik). Ada family day ofis wife aku di sana. Kami datang 8 keluarga .First impression bila sampai, Wow! Wow! Wow!

Lelaki kongsi pengalaman di Rumah Hutan Bonda, 'Niat nak healing bertukar menjadi trauma!'

May be an image of lighting, harp, temple and text that says 'Tingkap hadapan yg tidak berlangsir'

May be an image of text that says 'Pandangan dari pintu tandas ke pintu bilik. Tiada kunci dari luar pintu bilik'

Sangat cantik dan tenang tempatnya. Staff yg friendly, parking yg mudah.

Segala2 berjalan lancar hingga pagi tadi.

Around 4.50 a.m, aku bangun utk ke bilik air. Chalet yg aku duduk ni tandasnya kat luar.

Kena bukak pintu belakang dulu, ada beranda, tepi tu bilik air. Dlm bilik air, aku terdengar bunyi tapak kaki.

Chalet kayu, kalau org berjalan, memang dengar bunyi tapak kaki. Mula2 aku ingat anak aku, Harraz yang bangun. Aku tegur dalam bilik air ” Harraz, wak gapo tu” Tiada balasan. Lama2 tapak kaki makin kuat.

Aku menjerit memanggil wife aku suh tgk apa terjadi dlm bilik. Wife aku tersedar, nampak kelibat lelaki keluar dari chalet melalui pintu belakang( berhampiran tandas)

Bila aku keluar dr bilik air, wife aku ckp handbag dia hilang.

Aku check dlm bilik, sling bag aku pun hilang. Dalam tu ada dompet, kunci rumah,kunci kereta. Dlm kelam kabut tu, terus call lobby utk blok kereta kami, kot2 si pencuri tu nk ambik kereta.

Call balai polis, suh pi balai utk buat laporan.

Dlm [email protected], dua orang staff dtg. Check sekitar chalet, tak jumpa apa2.

Aku cakap lepas Subuh kita ke balai. Masa tu memang risau sgt sbb kunci kereta dlm beg tu. Nk balik mcm mana. Kunci rumah pun hilang, nk masuk rumah mcm mana.

Settle semayang Subuh , google doa cari brg yg dicuri. Panjang wirid aku hari tu. Lepas tu staff dtg ambik bwk ke Balai Polis Batang Kali.

Dah settle report, aku plan nk balik Ampang ngan staff tu utk ambik kunci kereta spare.

Wife aku ada sorang lagi staff akan ambik hantar balik chalet. Masa tu mcm2 terfikir cara nk masuk rumah. Yelah, kunci rumah pun hilang.

Memang nekad mintak tolong jiran pecah pintu haha.

Tgh tunggu staff sorang lain dtg utk ambik wife aku hantar ke chalet, staff yg bawak aku terima call dr Rumah Hutan.

Katanya beg jumpa.

Perghhh. Masa tu rs nk menangis. Alhamdulillah, jumpa. Duit hilang tak pe, yg penting kunci rumah n kereta.

Terus balik rumah hutan, check2 yg hilang cuma duit dlm 4 ratus. Lain2 semua ada.

Call balai polis semula, katanya kena ke balai semula utk buat report lain.

Terus ke balai buat report lain. Balik chalet tunggu polis datang utk ambik gambar.

Sekitar 12.30 , dua org polis dtg utk tgk tempat kejadian dan ambik gambar.

Dekat pukul 1 check out dr chalet.

Selepas sahaja kejadian berlaku, terduduk aku sekejap.

Tak terfikir dek akal yg kau masuk tandas tak sampai 5 minit sempat lagi org masuk mencuri. Lebih2 lagi di tempat yg gah spt ini.

Niat nk bercuti dengan family, tapi apa yg kau dapat ialah rasa trauma, penat ( uruskan kes dari 5 pagi hingga tengahari) dan kerugian RM 400. Nasib baik beg dijumpai semula, kalau tak lagi la bertambah penat.

Pendapat peribadi aku, kalau ditanya adakah akan berkunjung lagi ke Rumah Bonda, jawapan aku ialah TIDAK.

Tempat memang cantik, mewah, fasiliti banyak.

Cuma satu yang kurang, KESELAMATAN.

Harap pihak Rumah Bonda dpt mengambil perhatian tentang perkara ini.

Kejadian berlaku 4.50 pagi, 5.30 staff check di sekitar chalet tak jumpa apa2.

Sekitar pukul 8 lebih, ada staff jumpa beg di tangga chalet sebelah. Pelikkan. Gigihnya pencuri lepas mencuri nak datang balik hantar beg ke rumah bonda.Apapun aku serah pada polis utk selanjutnya.

Sekali lagi, posting ini bukan niat nak mengaibkan sesiapa, cuma untuk pengajaran bersama.Sentiasalah berhati2 walaupun kau rasa tempat tu selamat.

Di pihak aku pun, mungkin ada rezeki aku yg tak berkat, Allah nk tarik balik, berlakulah kejadian mcm ni.

Ya Allah, ampunkan hambaMu yg byk dosa ini.

Kepada pihak Rumah Bonda, harap dapat mempertingkatkan tahap keselamatan di sana.

Terima kasih byk2 kepada staff2 disana yang banyak membantu dari awal hingga akhir. Staff2 sana memang terbaik.

Bawang Goreng Premium Danok

BACA :

Wanita nekad letak hantaran RM700 sebab gaji bakal suami ‘kecil’, ‘Ramai tergamam bila nilai hantaran disebutkan’
Suami terkilan isteri dihalau dari unit kecemasan jam 4 pagi kerana ‘medical card’ tak cukup mahal
Ketagih main telefon – China hadkan pengunaan telefon bagi remaja dan kanak-kanak