Lelaki maut semasa menoreh getah rupanya ada yang patuk, ini kisah sebenar…

Lelaki maut semasa menoreh getah rupanya ada yang patuk, ini kisah sebenar…

Seorang penoreh getah ditemukan maut selepas dipercayai dipatuk ular berbisa dalam kejadian di Kampung Bunang Ulu Sook di sini pada 13 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, lelaki berusia 36 tahun ditemui tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung sebelum bertindak menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan.

Lelaki maut semasa menoreh getah rupanya ada yang patuk, ini kisah sebenar…

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, polis menerima laporan mengenai mangsa pada jam 8 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota segera ke lokasi dan siasatan awal mendapati mangsa yang berada dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri dipercayai sudah meninggal dunia.

“Polis turut menemui satu mesin rumput yang berada berhampiran mangsa dan pemeriksaan awal pada badan mangsa pula menemui beberapa kesan merah kehitaman pada kulit disyaki dipatuk haiwan berbisa,” katanya

Nor Rafidah berkata, difahamkan sehari sebelum kejadian mangsa dikatakan pergi ke kawasan kebun berkenaan untuk menoreh getah dan memotong rumput.

Tambah beliau lagi, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Mayat mangsa sudah dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Keningau untuk tindakan selanjutnya, ” katanya.

BACA JUGA:

Pemuda penat jadi ‘fake’ nak ikut trend kehidupan kawan-kawan selepas tamat sekolah, “Biarlah saya jadi diri saya sendiri”

Buat para wanita, ini perkara-perkara pelik & unik lelaki buat bila suka korang!

Koleksi lawak teka-teki bodoh tapi logik, mesti korang gelak pecah perut!