Mangsa seorang lelaki Melayu berumur 28 tahun sudah beristeri dan mempunyai 2 anak.
Mangsa telah menghubungi MHO dan meminta bantuan untuk diselamatkan.
Setelah aduan di terima wakil MHO di Myanmar telah membantu dan menyelamatkan mangsa ditempat dia ditahan.
Dia telah dibawa ke Pejabat Polis Myanmar untuk urusan dokumentasi.
Setelah
Malangya MHO telah menerima maklumat dari NGO yang bekerjasama dengan MHO di Myanmar. Rakyat Malaysia yang berasal dari Kuantan Pahang telah meninggal dunia
Punca kematian tidak diketahui secara rasmi. Tetapi dimaklumkan kerana serangan jantung. Pihak MHO telah merujuk kepada keluarga mangsa dan keluarga mangsa memaklumkan bahawa mangsa tidak ada rekod sakit jantung.
Ini menimbulkan tanda tanya . Adakah benar punca kematian mangsa adalah sakit jantung. Atau ada sebab lain yang cuba disembunyikan.
MHO telah meminta kepada keluarga mangsa untuk membuat laporan polis dan kedutaan Malaysia di Myanmar dan juga Kementerian Luar Negeri Malaysia dan menggesa suatu siasatan yang telus dan berintegriti bagi mendapatkan maklumat yang benar punca kematian mangsa ketika didalam jagaan polis Myanmar.
MHO akan terus bertindak supaya ada keadilan kepada mangsa.
BACA :